31.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Pasukan media Ebit Lew terbabit nahas, 3 dipercayai cedera

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga kakitangan media pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) terbabit dalam kemalangan jalan raya setelah melanggar pembahagi jalan selepas Plaza Tol Jalan Duta, malam tadi.

Ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Teyha,Azrin dan Ijad dipercayai cedera namun tahap kecederaan mereka tidak dinyatakan.

UEL dalam hantaran Facebook berkata, kereta Toyota Estima dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bersama tiga lagi kenderaan lain setelah membantu sebuah keluarga di Pulau Pinang.

“Betul-betul lorong kanan touch n go lepas tol Jalan Duta. Tiba-tiba ada kereta dari kiri uturn ke kanan. Ada sign tak boleh uturn. 

“Estima mereka cuba elak kereta uturn menyebabkan melanggar divider tengah jalan,” tulis beliau dalam hantaran itu. 

Advertisements

Ketiga-tiga kakitangan itu merupakan kru yang merakamkan program Jejak Ebit Lew Astro.

UEL memberitahu, kakitangannya dibawa ke Hospital Gleneagles untuk membuat ct scan. 

Beliau turut meminta orang ramai mendoakan kesemuanya kakitangannya baik dan selamat. 

“Doakan Teyha,Azrin dan Ijad semuanya selamat dan baik-baik ajer. Sedih dengar mereka mengerang sakit,” katanya.

Advertisements

Terkini

Nambikkai seru pengundi KKB undi calon kerajaan Perpaduan

PERTUBUHAN Nambikkai Malaysia menyeru pengundi di Kuala Kubu Baharu agar menyokong serta mengundi calon daripada kerajaan Perpaduan pada Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan