24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pemergian Koperal Baharuddin satu kehilangan besar kepada negara – PM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin merasa dukacita dengan pemergian Koperal Baharuddin Ramli yang meninggal dunia akibat terkena tembakan semasa penugasan dalam Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand dekat Padang Besar, Perlis, awal pagi ini.

Perdana Menteri berkata, sehubungan itu beliau bagi pihak Kerajaan Malaysia ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Baharuddin daripada Batalion 3 (Senoi Praaq) Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA).

Menurutnya,  beliau turut merasa sedih apabila mendapat tahu seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan a/l Tari yang bertugas bersama mendiang ketika kejadian, cedera terkena tembakan di bahagian perut. 

“Mendiang dan Norihan adalah frontliners (petugas barisan hadapan) yang bertugas mengawal sempadan negara daripada dicerobohi khususnya ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“Pemergian mendiang Koperal Baharuddin merupakan satu kehilangan besar kepada negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata Perdana Menteri di Facebook hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau berharap ahli keluarga mendiang dapat bersabar dengan ujian ini.

“Saya juga berdoa agar Koperal Norihan cepat sembuh dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

Advertisements

“Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan mendiang dan Norihan serta semua petugas barisan hadapan negara yang berkhidmat dengan penuh semangat dan dedikasi,” katanya.

Tambahnya, beliau mendoakan agar petugas barisan hadapan negara  sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dilindungi Allah SWT.

Mendiang Koperal Baharuddin terbunuh dalam satu kejadian berbalas tembak dengan penyeludup daun ketum, awal pagi ini.

Lapor Bangkok Post, kejadian berlaku di daerah Sadao, Thailand yang bersempadan dengan Padang Besar.

Dua penyeludup berjaya ditahan pihak berkuasa Malaysia manakala tiga lagi penjenayah cedera dan berjaya melarikan diri ke sempadan.

Namun mereka ditahan polis Thailand tidak lama kemudian.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan