36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Maritim Malaysia usir bot nelayan Indonesia

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Maritim Malaysia Negeri Johor mengusir sebuah bot nelayan Indonesia bersama 28 kru yang menceroboh perairan negara dekat perairan Batu Pahat, Johor semalam.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, bot nelayan itu kemudiannya diusir keluar oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu.

Menurutnya,  bot tersebut dikesan pada kedudukan 14.8 batu nautika barat daya Tanjung Labuh oleh Bot Benteng Zon Maritim Batu Pahat yang sedang melaksanakan Op Benteng dan Op Jaksa di Sektor 7 perairan Batu Pahat.


“Bot Benteng Maritim merapat ke arah bot nelayan Indonesia tersebut dan mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.  


“Bot berwarna hijau-biru dengan nombor pendaftaran A/711/KP-PS/001132 itu didapati telah melepasi satu batu nautika daripada garis sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan telah diiring serta diusir keluar hingga ke sempadan perairan,” jelas Nurul Hizam dalam satu kenyataan, hari ini.

Nurul Hizam berkata, ini merupakan pengusiran pertama yang dilakukan oleh Maritim Negeri Johor, setelah arahan penangguhan sementara tahanan berikutan langkah pencegahan penularan Covid-19 oleh warga asing.

 Tegas beliau, Maritim Negeri Johor terus komited dalam menggalas tugas dan tanggungjawab walaupun cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu pada hujung tahun, demi memastikan tiada pencerobohan oleh bot nelayan asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke dalam perairan negara.

“Ini bagi menghentikan pandemik yang melanda negara terutamanya di negeri Johor,” tambahnya.

Jelas Nurul Hizam, orang ramai boleh membuat sebarang aduan jenayah maritim atau pencerobohan PATI di perairan Johor segera hubungi talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Negeri Johor (07 – 219 9404) atau talian hotline 24 jam National Task Force (NTF) (011 – 6251 1223).

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan