34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

BSKU siasat nahas helikopter Taman Melawati – Ka Siong

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan memulakan siasatan berhubung nahas dua helikopter di Taman Melawati, Ampang yang meragut nyawa dua penumpang, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, siasatan teknikal BSKU berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13).

Menurutnya, laporan awal siasatan perlu disediakan dalam masa 30 hari dari tarikh nahas udara tersebut.

WEE KA SIONG

“Tujuan utama siasatan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama pada masa hadapan.

“Dalam hubungan ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ka Siong memberitahu, pasukan penyiasat tersebut akan mengeluarkan satu laporan penuh berhubung hasil siasatan termasuk syor penambahbaikan bagi keselamatan penerbangan awam setelah keseluruhan siasatan selesai. 

“Dapatan daripada hasil laporan tersebut akan digunakan oleh Kerajaan sebagai asas untuk mengemukakan syor-syor penambahbaikan secara holistik terhadap industri penerbangan awam negara,” katanya.

Sementara itu, Ka Siong berkata,  nahas kira-kira pukul 11.50 pagi itu melibatkan dua helikopter (9M-HCA & 9M-HCB), jenis G2CA. 

Katanya, dua helikopter itu yang sedang melakukan latihan penerbangan telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang bersama empat orang kru.

“Kedua-dua helikopter ini dilaporkan bertembung sesama sendiri di udara di mana satu helikopter telah terhempas dan satu lagi berjaya membuat pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan SJKT Taman Melawati. 

“Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (KL ARCC) telah diaktifkan untuk membantu dalam usaha pengkoordinasian operasi menyelamat dengan maklumat terbaharu yang diterima menyatakan bahawa dua orang telah meninggal dunia dan dua lagi mangsa sedang menerima rawatan perubatan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan