31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

El Pescao sertai NTS RW Racing GP bagi musim 2021

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan berlumba buat pasukan NTS RW Racing GP bagi musim 2021.


RW Racing GP dalam satu kenyataan berkata, pasukan itu amat berbangga untuk mengalu-alukan pelumba Malaysia berusia 26 tahun itu untuk menyertai mereka.


Pada saingan Moto2 musim depan, Hafiz akan disertai seorang lagi pelumba Belgium,Barry Baltus, 16,.

Hafizh Syahrin bersama Jarno Janssen

“Kami amat bangga dan gembira kerana menandatangani bukan sahaja seorang pelumba berpengalaman dan berbakat, malah seorang individu yang baik.


“Kami bertambah kuat dan lebih baik pada setiap minggu namun kami cuba membangunkan jentera kami.

“Input dan maklumbalas dari pelumba seperti Hafizh amat penting dalam proses itu,” kata Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen, hari ini.

Hafizh baru-baru ini mendedahkan terdapat perbincangan mengenai masa depannya bersama dua pasukan di Kejuaraan Motosikal Dunia.

Advertisements

Hafizh yang bersama pasukan Aspar Team musim ini dilaporkan berkata, dia enggan terlalu meletakkan harapan tinggi mengenai kariernya musim depan selain akur andai tiada lagi tempat untuknya di pentas perlumbaan berprestij itu.


Hafizh  yang mendapat jolokan El Pescao berkata, dia amat gembira dengan kontrak itu.


Katanya, dua gembira dapat kekal dalam Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP.


“Saya tahu banyak usaha diperlukan untuk membangunkan sebuah jentera baharu namun saya percaya dengan projek ini.

“NTS dan pasukan telah banyak menambah baik motosikal dalam tempoh singkat secara berperingkat. Saya harap dengan pengalaman dan maklumbalas saya, kami dapat membuat perubahan besar.


“Saya percaya kami dapat lakukan sesuatu yang terbaik bersama-sama. Saya tidak berada di tahap terbaik tahun ini dan sebab itu saya gembira dan bersyukur dengan kepercayaan diberikan NTS RW RACING GP kepada saya,” kata Hafizh.

NTS RW Racing GP akan memulakan musim baharu menerusi ujian peribadi pada 26 dan 27 November ini di Jerez.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan