34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kluster Maine bukti mengapa perhimpunan kecil tidak dibenarkan

Mesti Baca

NEW YORK – Satu majlis perkahwinan di sebuah pekan kecil di Maine, Amerika Syarikat (AS) menjadi detik hitam buat tetamu yang menghadiri majlis itu apabila mereka dijangkiti Covid-19.

Majlis resepsi yang berlangsung 7 Ogos lalu di sebuah gereja di pekan Millinocket di negeri itu hanya membabitkan 55 tetamu sahaja.

Resepsi itu berlangsung di sebuah gereja dekat Maine, AS.

Namun tanpa disangka, seorang tetamu rupa-rupanya menjadi pembawa virus pembunuh berkenaan.

Ironinya, suhu badan kesemua tetamu diambil namun tiada yang direkodkan mengalami demam atau sebarang simptom berkaitan Covid-19.

Menurut portal CNN, setakat hari ini dalam tempoh 38 hari, 176 orang dijangkiti Covid-19 dengan tujuh daripadanya meninggal dunia.

Mungkin, jika ada lagi pihak mempersoalkan mengapa acara atau majlis kecil dengan tetamu tidak ramai tidak dibenarkan ketika penularan Covid-19, kisah ini adalah jawapan kepada persoalan anda.

Tambah menyedihkan, kesemua yang maut bukan dalam kalangan mereka yang menghadiri majlis perkahwinan itu.

Bagaimanapun memetik laporan LA Times, hampir semua tetamu yang hadir tidak mengenakan pelitup separuh muka, malah mereka gagal melakukan penjarakan fizikal.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Maine dalam satu kenyataan kelmarin berkata, perhimpunan seperti perkahwinan, pesta ulang tahun, acara keagamaan, dan pengebumian, berpotensi menjadi acara penyebaran Covid-19.

“Ini kerana risikonya lebih tinggi apabila orang ramai berkumpul di tempat yang tertutup. Paling penting, pakai pelitup muka,” katanya. – Agensi

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan