25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Masa terbaik untuk ‘reset’ negara

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

Oleh NORDIN ABDUL MALEK

COVID-19 bukan sahaja sebagai wabak penyakit tetapi juga faktor penggerak (wake-up call) kepada manusia seluruh dunia untuk memulakan corak kehidupan baru menuju masa depan.

Sejarah kehidupan manusia, sejak zaman Nabi Adam a.s, telah menyaksikan pelbagai peristiwa Allah jadikan bukan sahaja sebagai pengajaran kepada manusia tetapi juga proses evolusi kehidupan manusia sesuai dengan peredaran zaman.

Sejak kecil, saya lebih melihat peredaran masa daripada perspektif kemodenan teknologi sebagai teras kehidupan. Saya bersyukur dan rasa bertuah kerana hidup dari zaman tradisional kepada zaman moden.

Bermula daripada cerita panggung dan silap mata sebagai hiburan, menyaksikan wayang pacak (Jabatan Penerangan) ketika tahun 1970an, hinggalah siri televisyen Buck Rogers dan Star Wars pada tahun 1980an.

Manakala tahun 2002, Time Machine adalah antara filem era masa kini yang telah berjaya memberi gambaran tentang kehidupan manusia sehingga berlakunya kiamat. Setiap perubahan kehidupan yang digambarkan dalam fiksyen filem turut dipaparkan dengan bala bencana yang menjadi faktor kepada ‘reset kehidupan’.

Dalam kamus, reset bermaksud ‘ditetapkan semula’. Ketika saya belajar komputer dalam subjek Pengaturcaraan atau Programming pada tahun 1995, perkataan reset adalah sinonim dengan aplikasi komputer. Reset komputer akan memudahkan kita mengaktifkan semula sistem komputer dalam keadaan baharu.

Begitulah juga dengan peristiwa Covid-19. Manusia dipaksa untuk memulakan kehidupan baru yang disebut juga sebagai new norm atau norma baharu.

Kehidupan biasa kita memerlukan pembaharuan terutama dalam menjagaan kesihatan dan kecanggihan teknologi dalam kehidupan.

Dalam konteks negara kita, Malaysia bukan sahaja berhadapan dengan wabak pendamik Covid-19 tetapi impak Covid kepada ekonomi dan sosialisasi masyarakat semakin dirasakan. Namun, ketidakstabilan politik juga turut menambahkan kekalutan.

Menuju masa depan selepas Covid-19 ini ibarat kita menuju ke destinasi dengan menaiki pesawat kapal terbang. Kita sebagai penumpang perlu mematuhi prosedur penerbangan yang ketat ketika hendak memasuki pesawat, dalam pesawat hinggalah keluar pesawat di lapangan terbang destinasi penerbangan.

Penumpang kena yakin dengan kapten pesawat serta krew-krew kabinnya. Kapten hendaklah memastikan semua penumpangnya selesa dalam penerbangan dengan memastikan pesawat telah diselenggara dengan baik dan kelengkapan penting seperti minyak dan sebagainya benar-benar mencukupi sehingga sampai ke destinasi dengan selamat.

Dalam konteks Malaysia, kita perlu menuju masa depan lebih baharu dengan norma baharu sebenar dan bukannya norma lama. Kehidupan zaman selepas Covid-19 memerlukan kita mengatur atau melaraskan semula posisi negara supaya sesuai dengan peredaran masa.

Pada pandangan peribadi saya, Malaysia memerlukan reset yang menyeluruh iaitu dari aspek politik, ekonomi hinggalah pembangunan sosialnya.

Dari aspek politik, kita memerlukan tokoh dan gaya kepemimpinan baru yang bersifat segar dan kebersihannya masih terkawal (kelemahan manusia tetap ada).

Selagi kita masih dibayangi kumpulan yang bertelagah antara satu sama lain secara peribadi, maka selagi itulah politik negara akan terus kalut-malut.

Dalam bidang ekonomi pula, kita perlu membawa negara dengan ekonomi baru bukan sahaja cekap dan berkesan tetapi juga lebih berdaya saing, sesuai dengan permintaan zaman (tahan diuji zaman).

Kita memerlukan model baru ekonomi yang lebih bersifat adil dan seimbang di antara semua kaum di Malaysia dengan mempertahankan formula perkongsian kemakmuran ‘ala Malaysia’ (sejak zaman merdeka).

Begitu juga aspek sosial, keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama perlu menjadi teras utama untuk menjamin keharmonian dan kestabilan negara untuk tempoh jangka panjang. Sikap hormat dan toleransi adalah resepi terbaik Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan berbanding negara lain.

Sistem pendidikan kita misalnya, memerlukan satu reset yang sangat penting supaya Malaysia kekal sebagai negara yang aman dan makmur pada masa depan.

Maka impak Covid-19 inilah menjadi medan penting dan kesempatan yang terbuka luas untuk kita bersifat berani melakukan pelarasan semula landasan negara menuju masa depan. Segalanya perlu bersifat realistik dan bukannya retorik.

  • Penulis adalah Pengerusi Eksekutif Institut Agro Usahawan (IGROW) dan Aktivis Ekonomi Sosial. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan