27.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 4, 2022

Doktor Maradona nafi cuai,polis siasat dakwaan bunuh

Mesti Baca

BUENOS AIRES – Doktor peribadi Diego Maradona mendakwa dia telah melakukan “semua yang termampu, hingga yang mustahil” untuk pesakit yang “sukar diurus” sebagai reaksi kepada tindakan pihak berkuasa membuka kertas siasatan ke atasnya kerana membunuh secara tidak sengaja legenda bola sepak itu.

Terdahulu pada awal pagi semalam, pendakwa raya di San Isidro dekat sini berkata, mereka menyiasat Leopoldo Luque sementara stesen televisyen menunjukkan rakaman serbuan ke atas klinik dan kediaman lelaki itu, lapor Channel News Asia.

Serbuan pada pagi semalam itu untuk menyiasat sama ada terdapat kecuaian dalam rawatan perubatan Maradona, menurut beberapa media tempatan.

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada Rabu di rumahnya di pinggir bandar, Buenos Aires.

Kenyataan dari pejabat pendakwa raya berkata, mereka telah mula menganalisa bahan bukti dan menjelaskan tiada keputusan dibuat pada masa ini berhubung situasi prosedur terhadap mana-mana individu.

Sumber kehakiman berkata, siasatan dibuat selepas anak perempuan Maradona, Dalma, Gianinna dan Jana membangkitkan kebimbangan tentang rawatan jantung diterima mendiang bapa mereka di kediaman mereka di Tigre, utara Buenos Aires.


Luke, 39, bagaimanapun menafikan melakukan sebarang kesalahan.

Baca juga:   Covid-19: Tidak adil hanya salahkan BN/PN - Najib

“Tiada kesalahan perubatan di pihak sesiapa pun. Diego mengalami serangan jantung. 

“Kematian pesakit dalam keadaan seperti itu sering berlaku di dunia. Segala yang mungkin telah dilakukan untuk mencegah kejadian itu,” kata Luque pada sidang media di rumahnya.

Baca juga:   PM kongsi coretan manis, imbau kenangan 'bercinta' di McD


Maradona telah menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di otak pada awal November. Luque telah membenarkannya pulang lapan hari kemudian.

Menurut Luque, dia telah melakukan “semua yang termampu, hingga yang mustahil.”

“Mereka mengambil sejarah perubatannya dan ujian yang saya lakukan. Peranti elektronik. Pemacu keras yang telah 20 tahun saya miliki.

“Semua telefon. Sebenarnya saya terkejut, kerana ketika Diego meninggal dunia, saya sudah berada di sana dan pejabat pendakwa telah memulakakan siasatan. 

“Malah mereka tidak memanggil saya terlebih dahulu untuk mendapatkan keterangan. Saya fikir ini bukan caranya,” katanya.

Wartawan

Terkini

12 peratus anak muda suarakan tentang isu politik

SEBANYAK 12 peratus anak muda telah menyuarakan tentang isu politik dengan menyentuh aspek kestabilan, prestasi kerajaan serta kualiti dan...

Lagi Artikel Berkaitan