31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Covid-19: Yayasan Sime Darby sumbang RM1.37j untuk Sabah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Yayasan Sime Darby (YSD) menyerahkan bantuan sebanyak RM1.37 juta bagi keperluan penduduk Sabah yang paling teruk terkesan ekoran gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini.

Peruntukan itu bagi menyediakan 11 inisiatif bantuan kepada individu dan masyarakat Sabah sekali gus menjadi yayasan korporat pertama yang menggerakkan usaha tindak balas ke negeri itu.

“Pada Mac lalu, YSD mula menggerakkan inisiatif tindak balas kecemasan, menangani keperluan langsung barisan depan dan kumpulan mudah dijangkiti di kawasan kritikal di negara ini dan telah memberikan komitmen lebih dari RM7.8 juta hingga kini untuk inisiatif ini.

“Usaha ini telah menguntungkan 7,200 keluarga golongan B40, 1,428 isi rumah Orang Asli, 12,750 pelajar dan 5,016 pekerja barisan hadapan serta pesakit dalam pemantauan (PUI),” kata YSD dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements
Antara sumbangan YSD kepada masyarakat Sabah yang terkesan dengan Covid-19.

Katanya, YSD berharap dengan inisiatif yang dihulurkan sejak Oktober lalu dapat membantu negeri itu mengawal keadaan berikutan peningkatan kes jangkitan yang meningkat.

“Usaha ini dilakukan dengan kerjasama Hospital Semporna, Hospital Tawau, Hospital Sandakan, Klinik Kesihatan Sandakan, dan MERCY Malaysia.

“Juga menyokong YSD dalam melihat usaha ini melalui dua syarikat Sime Darby – Sime Darby Berhad (SDB) dan Sime Darby Plantation (SDP),” kata kenyataan itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan