28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

ACE, WCA meterai MoU kukuh komitmen teknologi arang batu bersih

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – ASEAN Centre for Energy (ACE) dan World Coal Association (WCA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) selama tiga tahun di bawah kepimpinan baharu kedua-dua pertubuhan itu bagi mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap teknologi  arang batu bersih (CCT).

Penandatanganan itu terhasil daripada kerjasama sebelum ini antara kedua-dua belah pihak yang menunjukkan komitmen berterusan mereka untuk menganjurkan pertumbuhan ekonomi dan penggunaan teknologi arang batu bersih dalam memberikan negara ASEAN kepada tenaga boleh dipercayai dan berpatutan.

ACE adalah organisasi antara kerajaan yang mewakili kepentingan 10 negara anggota ASEAN dalam sektor tenaga lestari, manakala WCA mewakili pemain industri global yang bertanggungjawab dan komited untuk mencipta masa depan arang batu yang mampan.

Dr Nuki Agya Utama

Pengarah Eksekutif ACE, Dr Nuki Agya Utama berkata, tahun lalu, semasa Mesyuarat Tenaga Menteri ASEAN ke-37,  menteri mengakui prospek peningkatan penjanaan tenaga dari arang batu di rantau ini dan menggariskan usaha ASEAN dalam mempromosikan teknologi arang batu bersih (CCT).

 “Arang batu adalah salah satu sumber penting di ASEAN, terutama untuk penjanaan tenaga dasar dan terdapat keperluan bagi ASEAN untuk mendapatkan sokongan kewangan dan mempromosikan dasar untuk mempercepat penggunaan CCT di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Dr Nuki berkata, arang batu dan teknologi arang batu bersih adalah sebahagian daripada program di bawah Pelan Tindakan Tenaga ASEAN (APAEC).

Tambahnya, ASEAN sedang mengembangkan APAEC 2016-2025 Fasa II: 2021-2025, di mana CCT diharapkan menjadi pengubah permainan dalam memajukan peralihan tenaga, ketahanan, dan kelestarian tenaga di rantau ini.

Michelle Manook

Sementara itu, Ketua Eksekutif WCA, Michelle Manook berkata, adalah penting komuniti global dididik oleh organisasi terkemuka seperti ACE, yang berada di tempat yang paling banyak terkena kesan akibat kurangnya akses kepada tenaga dan kelebihan yang diberikan oleh tenaga yang berpatutan, mencukupi dan boleh dipercayai.

“Arang batu adalah pembantu penting dalam ekonomi baru muncul untuk pertumbuhan ekonomi, terutama di seluruh rantau ASEAN dan banyak komuniti global tidak mahu memahaminya,” tambah beliau. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan