26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

25 anggota kongsi gelap, Geng TCB 21 diberkas PDRM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak 25 ahli Geng TCB 21 yang merupakan kumpulan kongsi gelap haram dan aktif melakukan kesalahan jenayah serius di Banting dan Dengkil berjaya ditahan polis, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya mengenal pasti kumpulan tersebut aktif melakukan aktiviti jenayah di kedua-dua kawasan itu.

Menurutnya, antara kes jenayah yang dilakukan kumpulan tersebut ialah cubaan bunuh menggunakan senjata api, melepaskan tembakan dalam rusuhan, merompak, membakar kereta, pemerasan termasuk kejadian tembak di Banting pada September lalu.

“Berikutan itu, pada 13 dan 14 Oktober lalu, kita melancarkan operasi dan berjaya menahan sebanyak 29 ahli geng tersebut di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membenarkan tahanan selama 28 hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Huzir dalam pada itu berkata, kertas siasatan telah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara namun keterangan yang ada tidak mencukup untuk mendakwa mereka.

Ujarnya, siasatan polis bagaimanapun mendapati Geng TCB 21 adalah kumpulan yang banyak terlibat dengan kesalahan jenayah yang serius.

Baca juga:   Kutip derma ikat jamin rider, polis siasat kenyataan Pembela

“Kita mempunyai keterangan yang mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas kumpulan ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1969 dan menahan 25 ahli geng tersebut pada 12 November lalu,” katanya.

Baca juga:   Memoir Tommy: Penghinaan kepada institusi peguam negara

Tambahnya, tindakan ini bertujuan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman awam dapat dikekalkan serta memastikan kumpulan itu dapat dibanteras sepenuhnya. – Edisi 9

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan