24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Siasat segera lelaki kasari anggota bomba – Menteri

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menggesa siasatan terhadap lelaki yang mengasari seorang anggota bomba hari ini disegerakan dan tindakan diambil mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, beliau maklum mengenai insiden melibatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang dikasari sewaktu memadam kebakaran melibatkan kemalangan berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn.

ZURAIDA KAMARUDDIN

“Secara peribadi, saya terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video berkenaan kerana anggota JBPM merupakan salah satu petugas di barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah. 

“Saya berharap siasatan dapat dijalankan segera dan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang harus diambil tindakan mengikut Perlembagaan Persekutuan.” katanya menerusi hantaran Facebook.

Hari ini,  tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

Zuraida berkata, beliau turut menerima maklumat bahawa individu berkenaan berada dalam keadaan khayal dan pemeriksaan keatas kenderaan menjumpai senjata tajam berupa pisau pemotong daging.

Ujarnya, anggota JBPM yang dipukul oleh individu awam itu sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. 

ANGGOTA bomba menahan seorang lelaki yang mengasari anggota bomba di Kajang. – Foto Facebook

“Masyarakat sepatutnya dalam apa-apa situasi menghormati tugas yang dijalankan anggota bomba, kerana mereka memikul tanggungjawab berat bagi menjaga keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat,” katanya.

Advertisements

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi dikesan dipandu secara melulu.

Katanya, berdasarkan laporan, pemandu pacuan empat roda berusia 57 tahun itu berada di persimpangan lampu isyarat untuk membelok ke kanan di Jalan Suadamai sebelum dirempuh kereta Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, kereta itu juga merempuh dua kenderaan lain sehingga mengakibatkan seorang pemandu wanita cedera ringan.
Katanya, kemalangan pada pukul 10.26 pagi itu membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta model Proton Persona dan Perodua Myvi.

“Kereta itu kemudian mengundur dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Suspek meneruskan perjalanan ke Jalan Suakasih dan ketika melalui persimpangan lampu isyarat, suspek merempuh pula kereta Perodua Myvi dari arah belakang menyebabkan kereta dipandu wanita berusia 39 tahun itu melambung sebelum melanggar tiang elektrik,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, kereta suspek terbakar di bahagian enjin manakala kereta mangsa rosak teruk.

Katanya, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan