32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Satu lagi hospital untuk rawat kes Covid-19 di Sabah – Noor Hisham

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan menambah satu lagi hospital bagi merawat pesakit COVID-19 di negeri Sabah, menjadikan keseluruhan tujuh buah hospital untuk merawat yang memerlukan penjagaan rapi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan tambahan tersebut menjadikan jumlah katil yang disiapkan untuk pesakit yang dijangkiti wabak itu sebantak 946 katil.

Beliau berkata, pihaknya juga mengenal pasti enam lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC), menjadikan 16 pusat bagi merawat kes tidak bergejala atau bergejala ringan, membabitkan 3,876 katil.

“Oleh itu, jika sebelum ini kapasiti katil bagi merawat pesakit COVID-19 di Sabah adalah 2,596 katil, kini ianya melonjak kepada 4,822 buah katil,” katanya dalam hantaran Facebooknya hari ini.

Tujuh hospital tersebut ialah Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Kota Kinabalu, Hospital Duchess of Kent (Sandakan), Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Kenangau dan terbahru Hospital Marudu.

Baca juga:   Suami isteri rentung, 7 melecur dalam kebakaran 40 rumah

Noor Hisham berkata, sebagai langkah kesiapsiagaan hospital di pantai timur Sabah, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang merancang mewujudkan hospital medan di Tawau.

“Pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini khususnya untuk perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes COVID-19 kategori 3 – 5, manakala kes-kes kategori 1 dan 2 akan terus ditempatkan PKRC.

Baca juga:   Kes meningkat, lima lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

“Perancangan awal adalah bagi menempatkan 100 katil di hospital medan ini,” katanya.

Sabah mencatatkan kes COVID-19 paling tinggi sejak wabak itu memasuki gelombang ketiga yang mana hampir seluruh negeri tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan