28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pas tidak terkesan retorik Anwar, tetap sokong Muhyiddin

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas tidak terkesan langsung dengan retorik yang dibawa oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat bagi membolehkan sebuah kerajaan baru ditubuhkan.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, kesemua 18 ahli Parlimen parti itu menyokong penuh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional sekarang.

“Pas menganggap isu yang dibangkitkan oleh individu yang sama ini adalah tindakan terdesak yang mempunyai kepentingan serta cita-cita peribadi di samping ‘menangguk di air keruh’ ketika Kerajaan PN sedang menguruskan masalah Covid-19 dan langkah pemulihan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

TAKIYUDDIN HASSAN

Kenyataan Takiyuddin itu menyusul 48 jam sebelum Anwar dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa ini.

Advertisements

Pada 23 September lalu Ketua Pembangkang itu mendakwa mempunyai majoriti yang menyakinkan untuk membolehkan beliau menubuhkan kerajaan.

Takiyuddin berkata, dalam ini Pas sekali lagi amat yakin Yang di-Pertuan Agong tidak akan melayan tindakan ‘desprados’ itu, sebaliknya Seri Paduka akan mengendalikan berdasarkan peruntukan undang-undang dan Perlembagaan Negara yang amat jelas.

“Pas turut berharap kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan keresahan kekeliruan rakyat di samping mengakibatkan terjejasnya sektor ekonomi negara daripada tindakan berkenaan,” tegas beliau. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing

SEORANG pemilik sebuah stesen minyak didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana menjual barangan kawalan berjadual petrol RON95 kepada...

Lagi Artikel Berkaitan