24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Safawi berlepas ke Portugal, pemain kedua selepas Luqman Hakim

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Penyerang Harimau Malaya, Safawi Rasid dilapor bakal berlepas ke Portugal malam ini sekali gus melengkapkan perpindahannya ke kancah Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baru saja membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut malam tadi akan terus ke Kuala Lumpur bagi menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Memetik Harian Metro, dengan pemergian Safawi, anak jati Terengganu itu akan muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyerang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Liga Premier sudah pun bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan menghimpun satu mata daripada dua aksi setakat ini.

Advertisements

Kehadiran Safawi sememangnya ditagih bagi menajamkan jentera serangan kelab itu bagi memburu kemenangan pertama musim ini.

Untuk rekod, musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawanan di bawah pengurus Antonio Folha.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan kelab itu akan melepaskan Safawi untuk beraksi di saingan Liga Portugal selepas Liga Malaysia tamat.

Baru-baru ini, JDT mengumumkan mereka menerima tawaran dari kelab Portugal, Portimonense SC dimana kelab itu berminat untuk mendapatkan pemain sayap, Safawi.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan