KUALA LUMPUR – Nasib pelajar yang terjejas dengan langkah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran fizikal mendapat perhatian rakyat Malaysia khasnya pengguna media sosial.
Ini selepas beberapa penuntut IPT dilaporkan tidak dapat pulang ke rumah, malah tidak tahu mana hendak dituju, antaranya disebabkan masalah kewangan.
Namun, segala kepayahan itu mendapat perhatian kalangan masyarakat dari seluruh negara yang bangkit untuk membantu rakan pelajar yang terjejas.
Pendakwah terkenal, Ebit Lew dalam hantaran Facebook menawarkan untuk menghantar pulang pelajar terjejas dengan menyewakan bas.
“Buat adik-adik dan rakan yang daftar universiti terkandas nak balik kampung saya nak sewakan bas. Boleh PM (private message) saya – ebitlew,” tulisnya.
Selain itu di Twitter, pengguna laman sosial itu mewujudkan hashtag #SiswaJagaSiswa yang kini trending dan dibanjiri tawaran bantuan daripada masyarakat serta kalangan siswa yang menawarkan bantuan kepada pelajar terjejas.
Antara bantuan ditawarkan adalah tempat tinggal sementara, makanan dan tidak kurang juga wang ringgit.
Berikut antara tweet #SiswaJagaSiswa khusus buat pelajar yang terjejas:
Gais, kalau ada mana mana student IPT area KL, Bangi, Kajang, Putrajaya yang terkandas tak dapat balik rumah, boleh roger. Aku boleh sediakan tempat tinggal sementara. Nak tolong pickup pun tadehal. Kita bantu mana yang mampu. Pape DM tepi. #SiswaJagaSiswa— (@FarhanMokhali) October 2, 2020
Mana mana students perempuan yang terkandas kat shah alam sementara nak dapat tiket balik kampung jauh & takde tempat nak tidur tonight let me know ye.— Tatty Hassan (@TattyHassan) October 2, 2020
Area KLIA – DENGKIL – NILAI, mana mana siswa siswi yang terkandas takde tempat tinggal dan risau pasal makan, tolong DM saya. InshaaAllah saya tolong untuk dua tiga hari. Rumah saya kecik je tapi cukup la untuk berteduh tu. Jangan malu malu.— Amalina (@tetuanAmalina) October 2, 2020
Another one in Setia Alam. Boleh berhubung dengan Puan Eija. pic.twitter.com/b48U5Dg2rQ— Hazrey (@Hazrey) October 2, 2020
PENGUMUMAN @pemudanegara_my menyediakan penempatan sementara kepada mana-mana mahasiswa yang terkandas di sekitar Johor Bharu, Ipoh dan Kota Kinabalu. Berikut adalah bebenang lokasi dan PIC Rumah-rumah Pemuda. #siswajagasiswa#TolongSebar #thread— #majubersama (@afifbahardin) October 2, 2020
If ada Kakak dan Abang students yang perlukan duit untuk makan malam ini dan esok boleh DM Danish, Danish open DM box untuk bantuan— Danish Harraz (@Danish_Harraz) October 2, 2020
Hello yang mana students stuck dekat Jitra and Alor Setar sila halo halo saya. Saya ada tempat tinggal. Jangan risau semua free saje ok. Dont be sad and dont worry too much, we go this! And pls rt this too ok.— Nur Raihan (@xvioletreix_) October 2, 2020
Kalau ada students yang terkandas, tiada duit makan, betul-betul dalam kesusahan yang amat, please either DM me or you can DM @HappyBankCrew .— Ainie Haziqah (@AinieHaziqah) October 2, 2020
Mahasiswa/mahasiswa anyone who needs help in terms of financial support etc to get you back at home safe and sound or anything, kindly DM me saya tolong mana yang mampu insyaAllah— Elliecat (@ellfmrzsmn) October 2, 2020
Ada ke student area ipoh yang tak ada tempat tinggal? I can offer my place, makan minum semua takyah risau. All is provided. Boleh dm saya— (@mishaqstn) October 2, 2020
yang mana student memerlukan bantuan kewangan boleh ws saya ye 0134006654, saya cuba bantu mana yang boleh untuk korang— (@ameer_fukhairah) October 2, 2020
Bismillah. Lepas aku baca bnyak pasal student yang terkandas ni, dengan ni aku berbesar hati nk tlong korg untuk beli tiket bas untuk korg balik ke rumah msing2. DM me if you really need it. Aku buat kerana Allah, kau jgn amik kesempatan. Ade org yg betul2 memerlukan.— FAA (@farah_aneilama) October 2, 2020
How i wish boleh tolong adik-adik yang terkandas. Nak bantuan, roger lah akak Gula! InsyaAllah boleh tolong support tambang bas ke..— sugar (@sugaryespls) October 2, 2020
Sahabat-sahabat mahasiswa yg berada di sekitar Batu Pahat atau asal Batu Pahat yg perlukan bantuan, Sila DM saya In shaa allah sahabat-sahabat drpd Persatuan Mahasiswa Batu Pahat akan cuba bantu apa yg termampu. Sama-sama kita bantu sahabat kita.#siswajagasiswa— Jazlie Dawani (@JazlieDawani) October 2, 2020
Bagi mahasiswa mahasiswi yang terkandas, berada berhampiran kawasan Hulu Langat dan sangat memerlukan bantuan. Boleh DM saya. Saya dan teman-teman cuba tolong mana mampu.— Edry Faizal (@edryfaizal) October 2, 2020
Ada lagi ke mana² students yang stranded tengah takde duit makan? Boleh DM saya tak? Saya tak dapat nak tolong banyak and saya mampu tolong dalam 10 orang je kot (InsyaAllah). Mana² yang stranded tu, DM la ye. InsyaAllah saya cuba bantu. #TolongSiswa#RakyatJagaRakyat— Seketul Lemak #RakyatJagaRakyat (@woshuwoshuwoshu) October 2, 2020
Siapa student yang ada area lembah klang. Nak makan tak ada duit. Bagitau aku. Aku belanja makan. Terhad sehari 2orang ja untuk sekali makan. Aku bukannya orang kaya. Tapi cuba nak bersedekah cara aku macam memula PKP ritu. Mkan sahaja okay. Duit sorry. Aku dah terkena.— Yang Berhormat Mamanda Rudy (@rudyroutepecker) October 2, 2020
Mana-mana pelajar yang terkandas dan perlu tempat tinggal, let me add to the long list of people trying to help. Saya di hospital tapi boleh DM @SyedRifqi99. Dia baru start intern dgn saya dan akan urus bantuan dari saya. Akan cuba bantu seberapa ramai yang mampu.— Shahril Hamdan (@ShahrilHamdan) October 2, 2020
Alhamdulillah… terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib pelajar yang terkandas.
Bantuan anda amat dihargai ketika mana negara sedang berperang dengan Covid-19. – Edisi 9