27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 30, 2024

Safawi berang media jaja cerita peribadinya

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bintang bola sepak negara yang kini beraksi dalam Liga Premier Portugal, Safawi Rasid berang dengan sesetengah media yang menjaja cerita peribadinya.

Anak jati Dungun, Terengganu yang mengikat kontrak bersama kelab Portimonense SC itu tidak kisah jika cerita yang ditulis berkaitan kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Namun sikap sesetengah media yang mengulas isu-isu peribadi termasuk kisah hubungannya dengan pelakon, Syifa Melvin mengundang kemarahannya.

“Saya datang sini (Portugal) untuk kerja, saya tak nak dengar story-story (cerita-cerita) pasal life saya , hope MEDIA faham! Kalau sebab kerja takda masalah bro, respect sikit,” gerutunya menerusi akaun twitter, semalam.

Sejak pemergiannya ke Portugal beberapa hari lalu, media-media tempatan terus memaparkan kisah-kisah peribadinya khususnya melibatkan hubungannya dengan Syifa yang juga adik kepada pelakon, Syatilla Melvin.

SYIFA MELVIN

Bekas pemain sayap JDT itu berkata, lebih mengecewakan apabila media tidak mendapatkan kenyataan daripada dia sendiri, sebaliknya mengulasnya secara sesuka hati.

“INTERVIEW PUN TAK! sedap-sedap buat story. Semoga Allah balas apa yang korang buat,” tegasnya.

Safawi yang menjadi pemain kedua negara beraksi dalam Liga Eropah selepas Luqman Hakim Kamaruddin sudah tentu menjadi tumpuan khususnya para peminat bola sepak tempatan.

Mereka mahu mengetahui perkembangan Safawi dan Luqman yang beraksi dalam Liga Belgium bersama KV Kortrijk yang merupakan ayam tambatan bagi skuad negara selepas ini baik untuk Harimau Malaya mahupun Harimau Muda.

Ekoran berita-berita mereka menjadi perhatian, maka tidak hairan terdapat media yang mencari peluang “menjual” kisah hidup para pemain tersebut.

Sementara itu, beberapa pengikut twitter Safawi menggesa pemain itu mengabaikan segala laporan media, sebaliknya memberi tumpuan terhadap latihan bersama Portimonense.

Kata mereka, sebagai pemain senior yang menjadi idola ramai, Safawi sepatutnya sudah lali dengan laporan media dan tidak sepatutnya emosi.

Ini bukan kali pertama Safawi berang dengan pihak media malah sebelum ini pemain paling Malaysia paling mahal itu pernah menyatakan rasa tidak senang kerana mengungkit wanita-wanita yang pernah dia dampingi. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan