27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 15, 2024

Pendaftaran ditangguh: Noraini minta maaf, harap IPT bertimbang rasa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Institusi pengajian tinggi (IPT) diharap dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan pelajar yang terkesan dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran pelajar.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, beliau maklum akan rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal. 

NORAINI AHMAD

Beliau menjelaskan, sejajar dengan dasar kerajaan memberi autonomi kepada pengurusan IPT, kementeriannya mencadangkan pendaftaran pelajar baharu dan lama di semua IPT ditangguhkan serta merta. 

“Cadangan dibuat susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu dan peningkatan kes berkenaan adalah di luar jangka. 

“Kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

“Saya berharap IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan pelajar yang terkesan dengan cadangan kementerian menangguhkan pendaftaran pelajar.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noraini dalam pada itu memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19.

“Kepada pelajar yang sudah tiba, boleh terus kekal di kampus dan nantikan arahan seterusnya oleh pihak Universiti.

Advertisements

“Kepada pelajar yang masih lagi di kediaman atau kampung halaman masing-masing, saya mohon untuk tangguhkan dulu seketika pergerakan untuk pulang ke Universiti,” katanya.

Semalam, KPT mencadangkan kepada semua IPT supaya menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus.

Saranan itu dibuat kerana KPT amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku selang beberapa hari sahaja dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berjaya mengumpul hampir RM44,000 sehingga pagi ini bagi membantu mahasiswa yang terkandas di institusi pengajian tinggi ketika ini.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, sumbangan orang ramai itu dilancarkan sejak malam tadi sebaik laporan mengatakan ramai mahasiswa yang terkesan akibat penangguhan pulang ke kampus bermula semalam.

Update perkembangan sumbangan yang saya telah lancarkan malam tadi. Sehingga pagi ini, sebanyak 3,695 permohonan diterima daripada anak siswa.

“Manakala sebanyak RM 43,998.29 telah disumbangkan oleh orang ramai,” tulisnya di Facebook, hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ajak bekerjasama: Hadi tak ikhlas, mahu pecah-belah UMNO

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak ikhlas untuk bekerjasama semula dengan UMNO, sebaliknya cuba memecah-belahkan parti itu...

Lagi Artikel Berkaitan