30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Polis surai penunjuk perasaan selepas Thailand isytihar darurat

Mesti Baca


BANGKOK – Polis rusuhan Thailand menyuraikan ribuan penunjuk perasaan di luar pejabat perdana menteri pagi ini setelah kerajaan mengisytiharkan perintah darurat, dengan menyekat aktiviti perhimpunan termasuk larangan penerbitan berita yang boleh mencetuskan ketakutan.

Beberapa siri demonstrasi sejak lebih tiga bulan lalu menyaksikan puluhan ribu penduduk turun ke jalan raya sekitar Bangkok bagi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha dan satu Perlembagaan baharu.

Memetik Reuters, penunjuk perasaan turut menggesa pembaharuan institusi raja Thailand yang turut dijadikan alasan kerajaan melaksanakan Perintah darurat itu.

Polis Thailand menyuraikan penunjuk perasaan di Bangkok, pagi ini.

Tidak lama selepas perintah darurat dikuatkuasakan pada pukul 4 pagi waktu tempatan, polis rusuhan kemudiannya mara menuju tempat penunjuk perasaan berkumpul di luar bangunan kerajaan.

Sebahagian penunjuk perasaan cuba menghalang usaha pihak berkuasa menyuraikan mereka dengan membina halangan daripada sampah sebelum akhirnya mereka berundur.

Menjelang subuh, ratusan polis berjaya mehguasai semula sebahagian jalan raya dan pekerja perbandaran memulakan kerja pembersihan.

Menurut siaran televisyen, darurat itu dilaksanakan dalam usaha menangani gerakan tunjuk perasaan dan mengekalkan kestabilan di negara ini.

Perintah darurat itu antara lain melarang perhimpunan tidak lebih empat orang, selain mengenakan larangan kepada semua media daripada menyiarkan berita yang berpotensi mengundang ketakutan serta menjejaskan kestabilan negara.


Sementara itu, Peguam Hak Asasi Manusia Thailand berkata, tiga pemimpin penunjuk perasaan ditahan iaitu Parit Chirawat, Arnon Nampa dan Panupong Jadnok.

Kata peguan itu, Arnon ditahan atas dakwaan berkaitan ucapan yang disampaikannya di Chiang Mai namun tidak menyatakan sebab  tahanan dua lagi pemimpin penunjuk perasaan. – AGENSI

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan