28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

KKM pelawa orang ramai sertai sukarelawan tangani Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempelawa orang ramai terlibat sebagai sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu kementerian dalam menangani gelombang ketiga Covid-19.

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran Facebook berkata, sebanyak sembilan perjawatan ditawarkan kepada sukarelawan berminat.

Jawatan ditawarkan itu ialah: Doktor Perubatan; Pegawai Sains Mikrobiologi; Pegawai Kesihatan Persekitaran; Jururawat; Penolong Pegawai Perubatan; Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran; Juruteknik Makmal Perubatan; Juru X-ray dan Pembantu Kesihatan Awam.

Skop tugas sukarelawan yang diperlukan adalah untuk menjalankan perkhidmatan iaitu saringan suhu atau simptom di fasiliti kesihatan, pintu masuk antarabangsa dan stesen kuarantin.

Selain itu skop tugas sukarelawan adalah siasatan kontak dan pengambilan sampel Covid-19 di lapangan serta penjagaan dan rawatan pesakit di hospital. 


Dr Noor Hisham berkata, terdapat empat syarat ditetapkan KKM untuk menyertai khidmat sukarelawan itu.


Ujarnya, sukarelawan perluberdaftar dengan badan profesional yang mengawal selia amalan pemohon selain mereka perlu sihat dan cergas secara fizikal dan mental.


“Mereka juga perlu sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan selain tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari,” jelasnya.

Baca juga:   Lebih 2 juta individu sudah menerima dos penggalak


Dr Noor Hisham menambah, mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan boleh melengkapkan maklumat pada alamat,https://forms.gle/BinMRNpyKhnoosgt5.


Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui e-mel: [email protected]

Wartawan

Terkini

Ebit Lew lihat wajah bersih 4 beradik maut kebakaran

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew berkesempatan bersama-sama menyempurnakan majlis pengkebumian jenazah empat beradik yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran di Muar, malam...

Lagi Artikel Berkaitan