23.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Covid-19 hidup selama sebulan atas pelbagai permukaan

Mesti Baca

SYDNEY – Covid-19 didapati mampu bertahan selama sebulan pada pelbagai jenis permukaan termasuk wang kertas, skrin telefon pintar dan keluli, dedah satu kajian di Australia.


Memetik Mail Online, penyelidik di Pertubuhan Penyelidikan Saintifik dan Industri Komanwel (CSIRO), agensi sains nasional Australia menemukan Covid-19 bertahan selama 28 hari atas permukaan.

UJIAN ketahanan Covid-19 pada pelbagai permukaan.


Kajian yang dijalankan di Pusat Penyediaan Penyakit Australia (ACDP) di Geelong, Victoria mendapati, Covid-19 bertahan dengan baik di bawah suhu dingin.


Selain itu, Covid-19 turut bertahan dengan baik pada permukaan licin seperti kaca dan keluli berbanding permukaan seperti kapas.

Kajian terbaharu menunjukkan virus itu mampu bertahan selama lebih tiga jam di udara.

Semasa penyelidikan selama sebulan, saintis menganalisis dan mengasingkan semula virus tersebut untuk menentukan kadar ketahanannya.

Eksperimen pada suhu 30 dan 40 darjah Celcius mendapati, jangka hayat Covid-19 didapati menurun apabila suhu dinaikkan.

Kajian turut diadakan pada keadaan gelap untuk membuang kesan cahaya UV ketika penyelidik mendapati sinaran matahari secara langsung mampu memusnahkan virus berkenaan.


 Kajian ini menunjukkan SARS-CoV-2, virus bertanggungjawab untuk Covid-19 kekal boleh menjangkiti bagi tempoh yang lama.

Baca juga:   Pengemis mati tertiarap depan bank positif COVID-19

Kajian yang disiarkan dalam Virology Journal boleh digunakan dalam langkah pencegahan bagi mengekang penularan wabak berkenan.

Timbalan Pengarah ACDP, Dr Debbie Eagles berkata, walaupun amalan mencuci tangan menjadi norma baharu sekarang namun virus itu kekal boleh menjangkiti.

Baca juga:   Tangguh buka sekolah, fokus Pelan Pemulihan Pendidikan


“Pada suhu 20 darjah Celcius atau suhu bilik, kami dapati virus itu sangat aktif dan bertahan selama 28 hari atas permukaan licin seperti gelas, skrin telefon pintar dan wang kertas.


“Eksperimen serupa untuk Influenza A mendapati virus itu bertahan pada permukaan selama 17 hari yang menunjukkan Covid-19 begitu berdaya tahan,” katanya.

Beliau menambah, usaha membuktikan ketahanan Covid-19 penting untuk membangunkan strategi pencegahan di kawasan mudah berjangkit. – AGENSI

Terkini

Langgar peraturan: Polis siasat kenderaan timbalan menteri

CYBERJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan menyiasat sebuah kenderaan dipercayai milik seorang timbalan menteri kerana memotong di...

Lagi Artikel Berkaitan