24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bella Dally nafi rentas negeri, mohon maaf atas kekeliruan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pelakon, Bella Dally menegaskan dia tidak mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan merentas sempadan antara dua negeri sebagaimana dakwaan yang tular sehingga membawa kepada penahanannya oleh polis.

Bella Dally atau nama sebenarnya Nabila Ali Dally berkata, pada 18 Oktober lalu, dia dan seorang lagi rakan berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan Selangor dan Pahang.

Menurutnya, kemudian satu gambar telah dimuatnaik dalam akaun Instagram miliknya dengan kapsyen, “Woohoo Genting Sempah with…” yang telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa dia telah merentasi sempadan antara dua negeri dan melanggar PKPB.

“Saya ambil maklum kekeliruan yang berlaku namun perlu saya jelaskan kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentas sempadan antara negeri.

“Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan,” katanya menerusi kenyataan media dalam akaun Instagram rasminya.

Bella Dally, 29, memberitahu, dia mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku dan memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul berikutan status di Instagram miliknya tempoh hari.

Bella Dally nafi merentasi sempadan Selangor-Pahang ketika berbasikal baru-baru ini. – Foto IG Bella Dally

“Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan dan sekali lagi meminta maaf di atas apa yang berlaku serta berharap kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Pelakon drama Makmum Yang Paling Aku Cinta dan Adellea Sofea itu ditahan, semalam selepas polis melihat foto yang dimuat naik menerusi laman Instagram yang menunjukkan dia bersama seorang rakan sedang berbasikal.

Advertisements

Sementara itu, Bella turut memberitahu yang dia telah selesai memberi keterangan dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Hantaran Instagram Bella Dally menarik tumpuan ramai kerana dia dipercayai telah melanggar arakan PKPB sewaktu melakukan aktiviti berbasikal.

Gambar aktiviti tersebut yang dimuat naik di laman Instagram miliknya mendapat kecaman netizen yang mahukan pelakon itu diambil tindakan.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan telah menahan seorang pelakon wanita dan tangkapan dibuat susulan laporan oleh pihak polis selepas ternampak satu hantaran di Instagram.

Berikutan laporan itu katanya, pelakon wanita bersama rakannya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam bagi membantu siasatan.

“Kedua-duanya ditahan kira-kira pukul 8 malam tadi ketika mereka hadir ke IPD Gombak.

“Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kita selesai mengambil keterangan mereka,” jelas Arifai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan