32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UMNO umum gencatan politik, gesa perkasa kerjasama dalam PN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – UMNO hari ini mengumumkan gencatan politik memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat yang sedang dihimpit kesusahan dan kegelisahan akibat hambatan ekonomi dapat ditangani dan diutamakan.

Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu mendokong Kerajaan Perikatan Nasional dalam memfokuskan agenda membantu rakyat dan negara mendepani pandemik Covid-19 serta kegawatan ekonomi.

“Kerjasama semua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional harus diperkasakan bagi menjamin kestabilan politik di saat negara menghadapi ancaman Covid-19 dan ketidaktentuan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Kenyataan Ahmad Zahid itu dijangka meredakan suhu politik negara yang panas sejak seminggu lalu apabila UMNO mengumumkan untuk menarik diri daripada Kerajaan Perikatan Nasional.

Sebelum itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober mendakwa, beliau mempunyai cukup majoriti sokongan daripada ahli Parlimen termasuk daripada UMNO bagi menubuhkan kerajaan.

Dalam minggu ini pula, tersebar surat yang didakwa ditandatangani oleh Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyatakan sokongan kepada Anwar. Bagaimanapun UMNO menafikan sekeras-kerasnya bahawa surat tersebut ditulis oleh kedua-dua pemimpin berkenaan.

Advertisements

Berikutan keadaan itu pelbagai pihak melahirkan kekecewaan terhadap senario politik negara memandangkan rakyat sedang berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19.

Yang di-Pertua Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah meminta ahli-ahli politik menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan proses-proses perundangan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengingatkan mereka tidak sekali lagi mengheret negara ke kancah politik tidak menentu.

Semalam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, rakyat sudah mula bosan dan meluat dengan tindak-tanduk ahli politik yang dilihat sentiasa bercakaran dan bertelingkah dalam merebut kuasa pemerintahan negara.

Baginda juga berasa dukacita kerana kebanyakan ahli politik seolah-olah tidak mempedulikan langsung masalah dan kesusahan yang dihadapi rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Ahmad Zahid seterusnya berkata, UMNO mengarahkan semua kepemimpinan parti yang berada dalam Kabinet ketika ini memberikan sepenuh penumpuan kepada usaha untuk membantu rakyat dan meringankan beban yang ditanggung mereka akibat dampak ekonomi dan pandemik Covid-19. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan