24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Vellfie: MB Kedah mahu saman Mahfuz, Dr Ismail

Mesti Baca

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan memfailkan saman fitnah terhadap empat pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) adalah bagi kegunaannya.

Memetik Harian Metro, Muhammad Sanusi berkata, antara pemimpin yang akan disaman beliau adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh dan beberapa individu lain.

Menurutnya, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset SADA secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.

“Pihak berkenaan sepatutnya meminta penjelasan terlebih dahulu, saya sudah melihat tulisan dan siaran langsung media sosial mereka, peguam saya akan memfailkan kes mahkamah minggu hadapan.

“Saya difahamkan pembelian kenderaan terbabit dilakukan bagi kegunaan bersama ahli lembaga pengarah dan pegawai kanan di SADA,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah melakukan kunjungan ke pejabat SADA bagi meneliti dokumen pembelian kenderaan terbabit dan berjumpa pengurusan syarikat utiliti berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi SADA berkata, Toyota Vellfire yang baharu dibeli itu kini berada di SADA selain syarikat utiliti berkenaan turut membeli pelbagai aset seperti lori tangki dan pam air bagi kegunaan operasi.

MAHFUZ OMAR dan ISMAIL SALLEH

“Melalui penulisan terbabit, saya dituduh mengambil Toyota Vellfire ini di tol pada 2.30 pagi sedangkan saya tidak pernah melihat dan menaikinya sehingga kini.

“Saya hanya menggunakan dua kenderaan rasmi iaitu Volvo S90 dan Mercedez S320 yang dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini,” katanya

Kenderaan mewah terbabit dikatakan dibeli SADA pada harga RM345,000 dan memiliki spesifikasi tertinggi.

Advertisements

Sementara itu, kedua-dua pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) itu sedia berhadapan saman yang bakal difailkan Muhammad Sanusi berhubung dakwaan pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire milik SADA.

Mahfuz dan Dr Ismail mengakui Menteri Besar Kedah itu mempunyai hak untuk memfailkan saman dan mereka bersedia untuk disaman.

Mahfuz berkata, Muhammad Sanusi berhak mengemukakan saman berkenaan dan beliau mahu tahu kenyataannya yang mana menimbulkan fitnah terhadap Menteri Besar itu.

“Saya mempersoalkan apa keperluan SADA beli Vellfire untuk kegunaan Menteri Besar, kereta sedia ada sudah cukup tetapi kalau beliau hendak saman saya tiada masalah.

“Saya bersedia jumpa beliau di mahkamah, lagipun saya sudah biasa dengan saman menyaman,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dr Ismail pula berkata, Menteri Besar itu mempunyai hak untuk mengemukakan saman dan beliau akan mempertahankan diri di mahkamah kelak.

Menurutnya, beliau hanya memuat naik satu berita di laman sosial miliknya mengenai pembeliaan kenderaan terbabit berdasarkan maklumat yang ada.

“Kita tahu SADA adalah anak syarikat yang bermasalah dan dari segi urusan perniagaan tidak mempunyai keuntungan besar, jadi apa perlunya kenderaan itu dibeli.

“Perkara ini saya akan cakap di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, kalau beliau mahu saman, saman lah kerana itu hak beliau dan hak saya pula akan pertahankan diri,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan