26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

UOB lancar aplikasi perbankan berkuasa AI pertama di Malaysia

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – United Overseas Bank (Malaysia) Berhad (UOB Malaysia) melancarkan aplikasi perbankan digital berasaskan kecerdasan buaatan (AI), iaitu yang pertama di negara ini.

DInamakan Mighty Insights, aplikasi itu membolehkan pelanggan perbankan itu menguruskan kewangan mereka dengan lebih mudah dan pintar dengan aplikasi mudah alih UOB Mighty.

Pengarah Urusan UOB Malaysia, Ronnie Lim berkata, menerusi inovasi terkini itu membolehkan pelanggannya menerima petunjuk (insight) yang disesuaikan berdasarkan corak perbankan dan perbelanjaan mereka.

Menurut beliau, ia juga dapat memperkasakan pelanggan menjejaki dan menguruskan simpanan serta perbelanjaan mereka dengan mudah.

RONNIE LIM

“Dikuasakan AI dan pembelajaran mesin, Mighty Insights membolehkan pelanggan menjejaki perbelanjaan harian mereka dan juga melihat kategori perbelanjaan paling kerap mereka dengan mudah.

“Dengan bantuan petunjuk yang berguna ini, pelanggan dapat menjejaki perbelanjaan mereka dengan lebih baik dan menjangka keperluan aliran tunai mereka untuk bulan tersebut.

“Mighty Insights juga memberi cadangan untuk meningkatkan simpanan dan mengurangkan hutang, justeru membantu pelanggan mengawal kewangan mereka dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:   Richiamo Coffee dianugerahkan Brand of The Year 2022

Beliau berkata, dengan mengkaji cara pelanggan ]menggunakan akaun, UOB Malaysia dapat menjangka keperluan dan kehendak mereka dengan lebih tepat dan menyediakan “kad petunjuk” bagi membantu mereka menguruskan kewangan dengan lebih baik.

Katanya, ‘Petunjuk’ tersebut dipaparkan pada skrin utama UOB Mighty di mana pelanggan dapat melihatnya sejurus selepas mereka log masuk ke aplikasi.

Baca juga:   Skim Rumah Pertama bakal dimansuhkan?

“Sebagai contoh, melalui Mighty Insights, pelanggan yang melakukan pembayaran secara berkala akan dimaklumkan apabila mereka perlu melakukan pembayaran berikutnya.

“Ini membolehkan mereka membuat anggaran yang sewajarnya atau membatalkan langganan jika mereka ingin berbuat demikian, tanpa dikenakan bayaran tambahan,” katanya.

Aplikasi UOB Mighty boleh dimuat turun dari Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan