24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Banjir: Tiga bank beri moratorium enam bulan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANGSA banjir di Johor boleh menarik nafas lega apabila tiga bank bersetuju untuk memberikan moratorium sehingga enam bulan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga bank yang bersetuju tersebut adalah CIMB Bank Bhd. (CIMB), Malayan Banking Bhd. (Maybank) dan Agrobank.

“Dengan langkah ini, semalam dan hari ini kita menghubungi bank-bank lain supaya mengikuti langkah yang diambil oleh Maybank dan CIMB. Agrobank Menteri Pertanian kata okey,” katanya semasa pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam merayu kepada Perdana Menteri untuk mempertimbangkan moratorium antara tiga hingga enam bulan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas di negeri itu.

Advertisements

Onn Hafiz berkata, besar harapan kerajaan negeri itu agar mangsa banjir diberikan sedikit kelegaan dalam bentuk moratorium untuk tempoh tersebut.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu semalam mengumumkan pemberian moratorium kepada pelanggan Agrobank yang terlibat dalam banjir.

“Sukacita saya ingin umumkan Agrobank akan memberikan moratorium, pengecualian caj ke atas penukaran kad debit ATM dan buku akaun simpanan kepada pelanggannya yang terjejas akibat banjir.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mangsa banjir di negeri Johor, Pahang dan Melaka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan