27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan teliti cadangan pasar raya Rahmah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan pasar raya yang menjual barangan mampu milik, selepas perlaksanaan Menu Rahmah sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan. 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) mempunyai pasar raya seumpama itu, yang memberi banyak manfaat kepada golongan memerlukan.

“Tentang jangka masa panjang, saya sudah mula berfikir sekiranya syarikat-syarikat pasar raya, bukan hanya dalam negeri tetapi multinasional seperti Lotus dan Aeon Big… kenapa tidak kita cuba untuk wujudkan pasar raya untuk mampu milik (harga berpatutan)?

“Saya pernah melawat United Kingdom UK dan Amerika Syarikat, ada pasar raya yang menjual barang secara berpatutan kerana barang-barang yang mahal adalah berjenama tapi kualiti tetap sama, keuntungannya juga agak menggiurkan untuk (syarikat) turut serta.

Advertisements

“Insya-Allah kita akan adakan lebih lagi libat urus. Kita ada ramai billionaire dalam negeri kita ini, kenapa tidak mereka melabur dalam pasar raya untuk beri manfaat kepada rakyat,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Cha Kee Chin (PH-Rasah) mengenai sama ada kerajaan akan meneruskan program Menu Rahmah, yang memberi manfaat kepada rakyat, terutama golongan memerlukan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan