32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Perak larang wakil rakyat mengajar di masjid, surau

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) mengeluarkan larangan wakil rakyat dan calon pilihan raya untuk mengajar serta bersyarah dalam masjid dan surau yang berdaftar di negeri itu.

Perkara itu diputuskan dalam Jawatankuasa Pengawasan Agama Islam Negeri Perak melalui satu garis panduan bagi tujuan tersebut.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, terdapat beberapa kategori individu yang dilarang daripada mengajar serta bersyarah di mana-mana masjid dan surau berdaftar dengan jabatan tersebut.

“Pertama, individu yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara atau terpilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mana-mana negeri dilarang.

“Individu yang tiada mempunyai sebarang tauliah mengajar daripada Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perak serta individu yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik.

“Individu yang menjadi calon bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.

“Individu yang telah bersara sebagai Ahli Dewan Negara atau Ahli Dewan Rakyat atau ADUN serta didapati kekal aktif dalam kegiatan-kegiatan politik,” katanya dalam satu surat pekeliling hari ini.

Harith Fadzilah berkata, Jawatankuasa Kariah Masjid dan Jawatankuasa Surau hendaklah sentiasa memantau aktiviti mengajar atau bersyarah agar ia selari dengan matlamat pengajaran serta syarahan iaitu pengukuhan ilmu selain pemupukan perpaduan masyarakat.

Baca juga:   Batal niat bunuh diri kerana tidak tahan sejuk

Terdahulu, JAIPk pernah mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 26 Oktober 2022 yang menyatakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah pada 24 Oktober 2019 untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti politik diadakan di premis masjid atau surau baik daripada parti kerajaan mahupun pembangkang.

Baca juga:   Kerja 45 jam seminggu bermula 1 Januari

Turut terkandung dalam surat pekeliling tersebut termasuklah larangan untuk tidak menyampaikan sebarang bentuk ucapan serta paparan lambang dan nama parti di masjid atau surau.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan