34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Akur larangan ahli politik beri kuliah di masjid – Anwar

Mesti Baca

SEMUA pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, soal kebenaran memberi kuliah atau ceramah itu adalah terpakai kepada semua pihak termasuk dirinya.

Menurut Anwar, beliau akan mengelak untuk memberikan tazkirah atau ceramah di masjid, jika dijemput bagi menghormati larangan tersebut.

“Dalam menghormati arahan, saya mengelak (beri tazkirah atau ceramah) apabila singgah di masjid setiap Jumaat untuk bersolat dan hanya bersalaman serta beramah mesra dengan para jemaah yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini. 

Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada 4 Mac lalu yang menegaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk ahli politik memberikan kuliah atau ceramah agama di seluruh masjid serta surau-surau, sebaliknya menjadi satu kewajipan pemimpin untuk bercakap mengenai politik Islam.

Sementara itu, mengulas kenyataan Abdul Hadi yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bahawa PN berhak merancang merampas kerajaan, Anwar berkata itu adalah naratif Abdul Hadi.

Semalam Abdul Hadi dilaporkan berkata, usaha merampas kerajaan daripada parti memerintah perkara biasa dalam politik, sama ada menerusi undi tidak percaya, akuan berkanun atau penyokong kerajaan berpaling tadah. – BERNAMA

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan