26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 28, 2023

15 maut dalam tragedi tanah runtuh di Riau, Indonesia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEKURANG-KURANGNYA 15 maut, manakala berpuluh-puluh lagi masih hilang selepas hujan lebat dan tanah runtuh di Riau, Indonesia, semalam.

Memetik laporan Kompas.com, Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sebelum ini melaporkan sebanyak 10 mayat ditemukan, namun jumlah berkenaan bertambah sebanyak lima mayat lagi.

Menurut Ketua BNPB Natuna,  Raja Darmika, lima mayat tersebut itu ditemukan di Desa Genting dan Desa Pangkalan Kepulauan Riau (Kepri) .

“Bagi data (identiti) maut, masih dalam proses lanjut kerana jaringan komunikasi tergendala di Serasan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Ujar Raja lagi, sehingga kini terdapat kira-kira  50 mangsa lagi masih hilang dipercayai tertimbus dalam tanah runtuh berkenaan.

Sementara itu, Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Natuna, Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mengerakkan KN SAR Sasikirana 245 dan RIB 03 Kansar Natuna.

Baca juga:   Ibu, anak usia empat tahun maut nahas dua kenderaan

Menurutnya, sejumlah alat ekstrikasi, penerangan, dan alat keselamatan lainnya juga turut disertakan.

“Kami juga mendapatkan bantuan MV Indra Perkasa milik Pemda Natuna beserta seluruh Tim SAR Gabungan Natuna yang baru saja tiba beberapa minit yang lalu di Pulau Serasan,” katanya,

Dalam pada itu, Abdul berkata untuk sementara mangsa yang selamat dalam tragedi itu dipindahkan  ke dewan sekolah SMAN 1 Desa Pangkalan dan mangsa yang meninggal dunia dibawa ke masjid Desa Pangkalan,” katanya.

Untuk rekod, tragedi tanah runtuh itu berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi semalam waktu tempatan.

Baca juga:   Warga emas maut selepas tagih hutang RM250 dari kawan lama

Dipercayai kejadian berkenaan berlaku susulan taburan hujan yang tinggi sehingga menyebabkan tanah runtuh.

Penduduk dari tiga buah perkampungan iaitu Kampung Genting, Air Raya, dan Kampung Air Sekain telah berpindah ke tempat yang lebih selamat.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Pukul pemandu lori: 2 suspek kena tangkap, seorang masih diburu

DUA lelaki warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pemandu lori kontena  yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang...

Lagi Artikel Berkaitan