30.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 28, 2021

Bekalan air di tujuh wilayah pulih sepenuhnya – Air Selangor

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air di 1,292 kawasan di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor yang terjejas akibat henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang telah pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, kesemua 1.1 juta pengguna menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada pukul 6 pagi ini.

Katanya, Air Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama Yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

“Air Selangor menyarankan  para pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram termasuk laman web kami di www.airselangor.com,” kata kenyataan itu hari ini.


Isnin lalu, lebih seribu kawasan di Selangor terputus bekalan air disebabkan pencemaran sumber air mentah yang telah dikesan di Sungai Selangor kira-kira pukul 2 pagi.


Ini mengakibatkan Loji Rawatan Ari Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas.

Baca juga:   Kilang punca pencemaran Sungai Gong diroboh - MB Selangor

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan 1,196,457 akaun yang merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.


 Notis pemberitahuan itu dibuat kurang 24 jam selepas Air Selangor mengumumkan bekalan air di 311 kawasan terjejas di negeri itu pulih sepenuhnya.

Baca juga:   Pencemaran bekalan air: UMNO gesa kenakan hukuman berat

Terkini

Bekas mufti luah syukur Sittah Annur bertaubat

CYBERJAYA - Bekas Mufti Wilayah Persekutuan yang juga bekas Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan