25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Peguam Negara putuskan tiada tindakan ke atas Khairuddin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tiada tindakan akan diambil terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali atas kesalahan melanggar kuarantin wajib Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, perkara itu diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

HUZIR MOHAMED

Menurutnya, kertas siasatan berkenaan dirujuk kepada peguam negara dan kemudiannya memutuskan untuk tiada tindakan lanjut (NFA).

“Kertas siasatan dirujuk ke AGC dan arahan untuk kes ini adalah tiada tindakan lanjut kerana beliau tidak diserahkan borang 14 B di bawah Seksyen 15 (1) Akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin.

“Berdasarkan keterangan itu, AGC memutuskan untuk tidak mengemukakan sebarang pertuduhan memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Advertisements

Kontroversi pematuhan itu menyaksikan polis membuka kertas siasatan terhadap ahli Parlimen Kuala Nerus berkenaan berikutan kegagalannya mematuhi kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki, 7 Julai lalu.

Sebanyak 27 laporan polis diterima berhubung perkara berkenaan setakat ini.

Polis sudah melakukan siasatan terhadap Kharuddin mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan media memaklumkan kementerian itu mengenakan kompaun RM1,000 terhadap Khairuddin pada 7 Ogos lalu, atas kesalahan mengikut Akta 342.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan