29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 20, 2021

Covid-19 sudah ada dalam persekitaran komuniti – Noor Hisham

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, virus Covid-19 sudah ada di persekitaran komuniti khasnya di Selangor.

Menurut beliau, sebanyak 18 kluster aktif di Selangor atau 69.2 peratus adalah kluster jangkitan tempatan.

Katanya, lapan kluster lagi atau 30.8 peratus kluster aktif adalah mereka yang pulang dari Sabah.

“Ini bermakna 69.2 peratus jangkitan di negeri Selangor tiada kaitan dengan mereka yang pulang dari negeri Sabah.

“Virus Covid-19 sudah ada di persekitaran komuniti kita,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi beliau, hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak enam kluster terbaru sejak 11 Oktober 2020 adalah jangkitan tempatan.

Ujarnya, sebanyak sembilan kluster atau 34.6 peratus kea Covid-19 ada kaitan amat rapat dengan jangkitan di tempat kerja.

“Selain itu, satu lagi kluster atau 3.8 peratus merupakan kes di pasar raya,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Noor Hisham berkata, jumlah keseluruhan kluster tamat setakat hari  ini adalah sebanyak 107 termasuk dua kluster masing-masing di Kuala Lumpur (kluster Setapak) dan di Sabah (kluster Selamat).

Katanya, penamatan itu setelah tiada kes dilaporkan selepas pengawasan dan pemantauan 28 hari. 

Baca juga:   Pasangan kekasih gelang 'pink' hanya pelanggan kedai haiwan peliharaan

“Kluster Setapak melaporkan 3 kes, kesemuanya warganegara manakala kluster Selamat melaporkan 25 kes merangkumi 21 warganegara dan 4 bukan warganegara. 

“Kedua-dua kluster ini tidak melaporkan sebarang kes kematian,” jelasnya.

Baca juga:   Pasangan kekasih gelang 'pink' hanya pelanggan kedai haiwan peliharaan

Terkini

KPM akan bantu pendaftaran murid bagi tujuan vaksinasi

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19...

Lagi Artikel Berkaitan