33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 25, 2021

Kalau ahli politik terus degil, rakyat terus susah

Must Read

Zulkiflee Bakar
Penulis Khas Edisi 9


SEMBANG BERSAMA TAN SRI (3)

MUKADIMMAH:

Dalam bahagian pertama dan kedua, Sembang Bersama Tan Sri, ahli perniagaan terkenal tersebut bercakap mengenai undi tidak percaya dan bagaimana jika ada ahli Parlimen atau parti politik mahu menolak Bajet 2021 sebagai salah satu usaha untuk menjatuhkan kerajaan di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sama ada undi tidak percaya mahupun penolakan terhadap Bajet 2021, kedua-dua tidak akan membawa faedah kepada rakyat sebaliknya seperti mana kata ‘Tan Sri’, ia tindakan ‘bodoh’ ahli politik yang mahu terus berpolitik dan berebut kuasa ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

BAHAGIAN AKHIR, Sembang Bersama Tan Sri akan mencoretkan pandangan beliau mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja jika krisis politik semakin memudaratkan rakyat dan negara.

Baca juga:   281 etnik Rohingya di Aceh larikan diri ke Malaysia

‘’Saya yakin Agong dan Raja-Raja Melayu tak akan biar rakyat baginda menderita,’’ kata ‘Tan Sri’. Apa dimaksudkan oleh beliau?

Berikut pandangan ‘Tan Sri’;

Saya diberitahu ada sesetengah pihak pertikai kenapa Yang di-Pertuan Agong lambat bertindak dalam krisis politik sekarang. Kata mereka, semasa krisis pertama dulu cepat pula melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Orang yang cakap macam ni tak faham, Agong tak boleh bertindak ikut suka atau ‘main redah’ saja.

Dulu Covid-19 belum serius, rakyat dan ekonomi negara belum terancam lagi. Sekarang wabak tu semakin teruk, kita baru lepas PKP, ekonomi baru nak bangkit semula, kalau Agong nak layan, orang tu cukup majoriti, orang ini cukup majoriti, sampai ke sudah tak habis.

Sebab itu Agong nasihatkan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ikut lunas undang-undang dan Perlembagaan. Agong buat macam tu sebab baginda prihatin rakyat tengah susah, negara tengah kelam kabut sebab Covid, tak kan nak tambah lagi ‘satu penyakit’ (kemelut politik).

Baca juga:   Perjanjian lupus pinjaman peneroka Felda mesti telus

Tetapi ahli politik ni tak faham…mereka nak bergaduh juga…buat macam-macam nak jatuhkan Muhyiddin. Mereka lupa Agong ada tanggungjawab untuk pastikan rakyat selamat, negara aman.

Agong kita seorang yang bijak. Baginda menangani sesuatu isu dengan berhati-hati, sebab tu krisis pertama, dapat selesai dengan aman.

Buat masa ni baginda bagi peluang ahli-ahli politik selesai sebarang masalah antara mereka melalui perundingan, baginda pun dah ingatkan jangan bagi negara dilanda krisis lagi.

Tetapi setakat ini, saya tengok orang politik buat keras kepala juga, ada yang dok sibuk nak bawa usul tak percaya, nak buang Muhyiddin apa cara pun.

Semakin ramai dah mula ‘bantai’ ahli-ahli politik yang gila dok berpolitik ni. Ada minta Agong titah perisytiharan darurat dan gantung Parlimen. Ahli politik jangan anggap benda tu tak boleh buat.

Kalau keadaan dah teruk sangat, ahli politik tak sedar diri lagi, bergaduh tak habis-habis, bajet tak mau lulus, negara tunggang langgang…saya yakin Agong dan Raja-Raja tak kan biarkan.

Kesemua baginda pasti mahu selamatkan rakyat dan negara. Tak ada seorang pun Raja kat negara ini nak tengok rakyat baginda susah.

Apabila Agong terpaksa gantung Parlimen, orang politik tak payah nak bising, kata Istana campur tangan dalam hal politik. Baginda dah bagi peluang selesai elok-elok, bincang-bincang elok, bila keadaan jadi teruk, apakah baginda nak suruh berunding lagi?

Kita tak mahu la sampai tahap macam tu, jadi orang politik jangan ingat Agong tak akan buat apa-apa. Saya percaya baginda sedang perhati. Sebagai seorang raja yang bijaksana dan teliti, apabila tiba masanya beliau terpaksa campur tangan, baginda pasti buat. Tunggu saja la…

Baca juga:   Tindakan Mahathir mampu cetus krisis politik fasa II
Baca juga:   Perjanjian lupus pinjaman peneroka Felda mesti telus

Latest News

5 nelayan Vietnam lari lokap berjaya dicekup semula

MIRI - Lima nelayan warga Vietnam tahanan lokap Zon Maritim Miri (ZMM) yang meloloskan diri dari lokap pada pada...

More Articles Like This