29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

AS henti import minyak sawit FGV

Mesti Baca


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) mengharamkan import dari syarikat minyak sawit Malaysia, FGV Holdings Bhd (FGV) berikutan satu siasatan yang mendakwa ia menggunakan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.

FGV, pengeluar minyak sawit mentah terbesar dunia, telah lama menghadapi dakwaan tersebut daripada kumpulan hak asasi manusia berhubung salah laku hak asasi dan buruh

Memetik agensi berita Reuters, FGV bagaimanapun belum membuat kenyataan balas berhubung langkah AS itu.

Kastam dan Pengawalan Sempadan (CBP) AS berkata, pengharaman tersebut dibuat berikutan siasatan yang telah lama dilakukan Dan mendedahkan terdapat petunjuk buruh paksa seperti terdedah kepada bahaya, penipuan, keganasan fizikal, keganasan seksual, intimidasi dan ancaman serta penahanan dokumen identiti.

Kata agensi itu lagi, siasatan pihaknya juga menimbulkan kebimbangan bahawa buruh paksa kanak-kanak mungkin digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit FGV.

 Kenyataan itu menambah, pengharaman tersebut berkuatkuasa serta merta.

Penggunaan buruh paksa dalam pengeluaran produk membenarkan syarikat-syarikat menjana keuntungan daripada penyalahgunaan pekerja,” kata Penolong Pesuruhjaya Eksekutif CBP di pejabat perdagangan, Brenda Smith.

Indonesia dan Malaysia merupakan dua pengeluar minyak sawit terbesar dan industri itu dipersalahkan atas kemusnahan hutan dan kepupusan habitat.

Advertisements

Smith berkata, CBP menerima dakwaan dari industri minyak sawit dan meminta pengimport AS melihat amalan buruh pembekal mereka.

“Saya tidak boleh pergi secara terperinci pada perkara ini namun saya boleh mencadangkan pengimport AS yang berurus niaga dengan pengeluar minyak sawit supaya melihat rangkaian pembekal mereka dan bertanyakan amalan buruh mereka,”katanya.

Smith berkata, syarikat Procter & Gamble yang menjalinkan usahasama dengan FGV perlu beri perhatian terhadap larangan tersebut.

Procter & Gamble Bagaimanapun enggan mengulas dakwaan itu.

Hampir 84 peratus pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia atau 337,000 pekerja merupakan migran dari negara Indonesia, India dan Bangladesh.

Selain FGV, kumpulan Liberty Shared turut memfailkan petisyen kepada CBP April lalu bahawa satu lagi syarikat, Some Darby Plantation turut melakukan penyalahgunaan buruh.

Syarikat itu meminta kumpulan tersebut memberikan maklumat dan akan menangani sebarang perlanggaran selepas siasatan dibuat. – AGENSI

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan