25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pertengkaran tempat kerja antara faktor utama kes bunuh – PDRM

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pertengkaran dan perselisihan faham di tempat kerja dalam kalangan warga asing menjadi motif utama kes bunuh di negara ini sejak 2009 hingga 2019.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, daripada 5,403 kes bunuh yang dicatat sepanjang tempoh itu, 844 kes adalah melibatkan pertengkaran di tempat kerja.

“Sebanyak 484 kes bunuh sepanjang tempoh itu pula berkaitan dengan insiden rompak, samun dan curi.

“Sebanyak 5,542 mangsa telah menjadi mangsa bunuh dengan 3,453 mangsa adalah warganegara Malaysia manakala selebihnya melibatkan warga asing,” katanya yang dipetik Bernama.

Huzir berkata, pihaknya mengenal pasti kira-kira 50 peratus motif kes bunuh di negara ini, manakala selebihnya tidak dapat dipastikan antaranya kerana mayat yang sudah reput menyukarkan proses bedah siasat.

Advertisements


Menurutnya sepanjang tempoh itu, seramai 9,398 individu ditahan kerana terbabit dalam kes pembunuhan.

Sementara itu, Huzir berkata, jenayah indeks di negara ini yang dikategorikan mengikut jenayah kekerasan dan harta benda, menunjukkan tren penurunan sejak 11 tahun lepas.

Katanya, sebagai perbandingan jumlah keseluruhan kes jenayah kekerasan pada 2009 adalah 42,365 berbanding 16,902 pada 2019, manakala jenayah harta benda pula, jumlah kes dicatatkan pada 2009 ialah 170,313 berbanding 71,760 pada 2019.

Jenayah kekerasan antaranya membabitkan kes rogol bunuh dan samun manakala jenayah harta benda antaranya melibatkan curi dan ragut.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak 1,444 premis judi telah dipotong bekalan elektrik di seluruh negara dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan