30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 24, 2025

Nilai kebolehjangkitan Covid-19 di Selangor tertinggi di Malaysia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kadar nilai kebolehjangkitan Covid-19 atau R naught (R0) di Selangor adalah tinggi iaitu 1.95 mengatasi Sabah dan Kedah

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kenaikan nilai R0 itu berpunca daripada kenaikan mendadak jumlah kes harian positif Covid-19 iaitu 10 hingga 15 kes berbanding sebelum ini iaitu dua atau tiga kes sahaja.

“Ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil,” katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Jumlah bagi Sabah dan Selangor melebihi nilai R0 yang sepatutnya iaitu dalam lingkungan 1.0.

Advertisements

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, nilai R0 bagi Sabah telah stabil iaitu 1.26 setakat semalam namun ia masih dalam tahap yang membimbangkan kerana membabitkan bilangan kes harian yang tinggi.

Menurutnya, nilai R0 itu boleh meningkat kembali di Sabah sekiranya masyarakat tidak mengambil langkah intervensi kesihatan awam yang lebih optima.

“Sejajar dengan penurunan kes di negeri Kedah, yang mencatat hanya dua kes dalam tempoh empat hari yang lepas, nilai RO terkini bagi negeri Kedah telah menurun dari lebih 1 ke 0.65. Ini menggambarkan pematuhan kepada SOP yang berkesan. 

“Justeru, adalah penting untuk masyarakat mematuhi SOP serta langkah-langkah intervensi yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Diskaun 50 peratus bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus daripada kadar  biasa sempena perayaan Tahun Baru Cina 2025,...

Lagi Artikel Berkaitan