24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

NCT Group-UCSI University tandatangan MoU Premier Co-Op

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Syarikat pembangunan hartanah NCT Group of Companies (NCT Group) dan institusi pengajian tinggi swasta, UCSI University menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Premier Co-Op bagi membentuk kerjasama khasnya dalam perkembangan dan manfaat pelajar di sini, semalam.

Pengasas Bersama NCT Group, Datuk Joe Yap Fook Choy berkata, majlis menandatangani MoU itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat menerusi peluang pendidikan melalui latihan industri yang merupakan pelantar penting bagi membentuk kejayaan pelajar di dunia kerjaya.

“Menyedari keperluan ini, NCT Group memperkenalkan inisiatif FLY Youth yang membentuk perkembangan positif pelajar. Inisiatif ini bertujuan untuk membentuk pemimpin muda yang berwibawa melalui pelbagai kempen dan pertandingan.

“Inisiatif ini turut memberi pelajar pengalaman industri yang boleh meningkatkan kemahiran mereka,” katanya.

Dr Jimmy Mok dan Joe Yap selepas majlis menandatangani MoU Premier Co-op di Kuala Lumpur.

Majlis menandatangani MoU tersebut  berlangsung di Kampus Kuala Lumpur UCSI University.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik, Pelajar dan Alumni UCSI University dan Pemangku Dekan Fakulti Sains Sosial dan Seni Liberal, Professor Madya Ir. Dr Jimmy Mok Vee Hoong.


Turut menjadi saksi ialah Ketua Pegawai Operasi Kumpulan NCT Group, Yap Chun Theng.


Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Joe Yap berkata, inisiatif itu memberi peluang kepada NCT Group untuk melatih graduan muda dan memberi lebih nilai selain dari latihan industri biasa.


“Inisiatif FLY Youth dapat memberi graduan pengalaman dan jangkaan sebenar dalam dunia kerjaya,” katanya.


Turut termasuk dalam kerjasama ini ialah Program Industry Leadership oleh UCSI University yang membantu pelajar menjamin peluang kerjaya dari tahun pertama pengajian Ijazah Sarjana Muda mereka dan menerima latihan industri serta peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat terkemuka. 

Advertisements


Dr Jimmy Mok berkata, pengalaman itu pastinya memberi kelebihan kepada graduan untuk membentuk kemahiran diri.

 
“Melayari cabaran dunia sebenar dan selok-belok kerjaya adalah penting untuk membentuk jalan ke arah kejayaan untuk para pelajar. 


“Saya amat teruja dengan kerjasama bersama NCT Group yang pastinya akan memberi lebih ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar UCSI University untuk mendalami industri masing-masing khususnya dalam bidang seni bina, kejuruteraan, pembinaan, bisnes dan pemasaran,” katanya.


Beliau menambah, universiti merupakan tunjang utama dalam menghasilkan graduan bermutu. 


Memorandum persefahaman Premier Co-Op antara NCT Group dan UCSI University hari ini membuktikan bahawa kerjasama antara institiut pengajian tinggi dan syarikat korporat swasta mampu membentuk graduan berkualiti tinggi yang memberi manfaat kepada negara.  

NCT Group of Companies bermula pada tahun 1985 sebagai sebuah syarikat pakar jubin danpada tahun 1998, NCT melibatkan diri dalam sektor pembangunan, hartanah dan bahan binaan.


Sedekad kemudian, NCT berkembang selaku syarikat pembangunan hartanah sebelum melibatkan diri dalam industri hospitaliti pada tahun 2015 dengan pembinaan Grand Ion Delemen, Gloria Residences dan G-Luxe by Gloria di destinasi pelancongan terkemuka, Genting Highlands. 


UCSI University dalam pada itu terkenal dengan rekod prestasi yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran sehingga mencipta nama dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

UCSI University telah secara konsisten meningkatkan kedudukannya sebagai institusi pengajian tinggi dengan rekod prestasi tahunan yang memberangsangkan sejak penubuhannya. 


UCSI naik 51 tempat ke kedudukan 391 dalam DQS World University Rankings 2021, meletakkannya di antara 400 universiti teratas di dunia.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan