26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Wan Ahmad Fayshal tak perlu jadi Syed Saddiq kedua

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9


Oleh M.H NOOR

WAN Ahmad Fayshal Ahmad Kamal adalah seorang pencinta kucing. Ada kalanya Ketua Angkatan Anak Muda Bersatu (Armada) itu memuat naik di Facebook gambar bersama haiwan peliharaannya itu.

Bukanlah pula nak kata beliau nak tiru macam bos lamanya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga sering bergambar memeluk manja haiwan itu.

Kalau betul pun tiru Syed Saddiq soal kucing, itu hanya trivial. Yang lebih fundamental ialah apa hala tuju politik Wan Ahmad Fayshal?

Berikutan itu, ramai juga dalam partinya ‘membawang’ mengenai Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu akan ‘cuba keras’ menampakkan beliau sangat rapat dengan Perdana Menteri.

Bahkan ada gambar dimuat naik di Facebook beliau yang dalam kategori ‘menempek’ – merujuk gambar majlis dihadiri Perdana Menteri yang akan ada kelibatnya ‘enter frame’ di situ.

Sekali lagi, ada yang teringat perlakuan Syed Saddiq ketika mana berketuakan Tun Dr Mahathir Mohamad dulu.

Dalam era media sosial, pastinya Wan Ahmad Fayshal pun nak nak kena naikkan jumlah pengikutnya yang hanya jumlah berbelas ribu sahaja.

Ini memang jauhlah berbanding Syed Saddiq, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan yang seangkatan lain.

Advertisements

Tapi hantaran terbarunya mengulas kejayaan PN pada PRN Sabah berjaya buatkan lebih ramai menyebut nama beliau. Cuma macam artis pula, tak kisah apa jenis publisiti.

Memang tidak salah hendak bangga dengan parti sendiri dan ‘lambung’ Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, malah sewajarnya pun dilakukan oleh mana-mana ketua sayap

Cuma dalam cuba nak’up’ bos, jangan beliau menyusahkan balik parti. Ini yang kena berfikir dengan lebih jauh. Jangan kerana teruja sampai tercela pihak rakan. Kerajaan PN Persekutuan ini satu muafakat parti-parti yang berseteru sebelum ini.

Ingatlah, Dr Mahathir dan DAP bukannya cium mulut pun. Lima puluh tahun mereka bergaduh tetapi kerana nak menang pilihan raya umum menewaskan UMNO, mereka hanya lihat matlamat itu. Yang lama ditinggalkan belakang.

Kalau nak ungkit, Lim Kit Siang ada tulis sembilan judul buku atau lebih pasal buruk Dr Mahathir, begitu juga sebaliknya. Apa yang bekas Pengerusi Bersatu itu tidak kata pada DAP.

Jadi, ini pengajaran Wan Ahmad Fayshal selepas pengajaran pasal surat sokongan sebelum ini ketika kempen nak jadi Ketua Armada hinggakan ada laporan SPRM dibuat ke atas beliau kerana didakwa menyalahgunakan kedudukan.

Kedua, keluarlah dari baju Syed Saddiq. Tak perlu jadi sesiapa. Biarlah Syed Saddiq dengan DAP, anda ada sekutu lain yang diperlukan untuk mengekalkan Kerajaan Persekutuan PN.

Jangan pula mengata UMNO tapi seperti telunjuk lurus kelingking berkait.
Terakhir, setahun jagung bukan perumpamaan orang kampung, tapi itu pepatah Melayu. Buka sikit minda, jangan ingat pepatuh Melayu je kampung.

Lapan puluh peratus rakyat Malaysia kini tinggal di bandar.
Ingatlah bro YB, jadi pemimpin politik tak hensem tak apa janji cekap.

  • Penulis adalah pembaca edisi9.com.my. Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan