31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semua 18 Ahli Parlimen Pas sokong Muhyiddin – Hadi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pas menegaskan sokongan sepenuhnya 18 ahli Parlimen parti itu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang masih sah di sisi Perlembagaan Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pada masa sama, Pas akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Seterusnya Pas mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha Kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama.

“Islam Memperkukuh Perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mempunyai kelebihan hampir 2/3 ahli Dewan Rakyat, dengan majoriti yang menyokong ahli Parlimen Melayu dan Islam.

Advertisements

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, Bersatu (31), Pas (18), GPS (18), PBS (satu), dan STAR (satu).

Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), dan PSB (2).

Enam ahli Parlimen membentuk kumpulan penyokong Mahathir, dan seorang wakil rakyat Bebas.

Sekutu Perikatan Nasional, GPS dan Pas sudah membuat kenyataan akan tetap menyokong Muhyiddin.

Bagaimanapun UMNO difahamkan tidak mempunyai halangan jika wakil rakyatnya menyokong Anwar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan