25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sultan Sulu sakitkan hati rakyat Sabah, Malaysia – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kenyataan  Sultan Sulu, Dr Ibrahim Bahjin Shakirullah Dua yang mendakwa penduduk Sabah merupakan setinggan yang duduk secara haram dalam negeri itu adalah menyakitkan hati warga Sabah dan Malaysia.

IBRAHIM BAHJIN SHAKIRULLAH II

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, media Filipina melaporkan Sultan Sulu juga telah menulis surat kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyatakan Sabah adalah milik beliau.

Dalam surat tersebut, Sultan Sulu menegaskan beliau tidak hirau warga Sabah sudahpun menyatakan mereka lebih rela menjadi warga Malaysia dan ingin mendapat lebih kuasa autonomi kerana menurutnya, mereka cuma setinggan yang duduk secara haram dalam Sabah.

“Sultan Sulu kata, jika Sabah dikembalikan kepada dia, setinggan haram boleh pilih pindah ke semenanjung Malaysia atau pilih lafazkan kesetiaan pada dia jika mahu terus duduk dalam Sabah.

“Ini adalah kenyataan yang amat menyakit hati warga Sabah dan Malaysia. Saya harap dan percaya kerajaan PN akan terus teguh bagi mempertahankan Sabah.

“Sabah adalah sebahagian Malaysia buat selama-lamanya,” tulis Najib dalam Facebook beliau.

Advertisements

Isnin lalu, Ibrahim Bahjin yang dipetik The Manila Times sebagai berkata, beliau tidak pernah mengabaikan tuntutan beliau terhadap Sabah di sebalik tindakan Malaysia menolak tuntutan itu.

Beliau turut menulis surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres mengenai kenyataan Malaysia itu.

Menurutnya, walaupun kenyataan Malaysia mungkin tepat bahawa Filipina tidak memiliki hak untuk menuntut Sabah bagi mewakili Kesultanan Sulu, namun fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa Sabah masih menjadi milik wilayah Kesultanan Sulu dan berhak untuk menuntut kembali hak milik wilayahnya.

“Kesultanan Sulu tidak pernah mengundurkan aspirasi untuk menuntut tanah yang seharusnya dikembalikan kepada kita setelah pajakan selama 100 tahun sesuai dengan undang-undang antarabangsa, yang kita semua hormati,” katanya.

Tambah beliau, hingga hari ini, Malaysia terus menyerahkan pembayaran pajakan pada setiap tahun dengan sepenuhnya mengabaikan fakta bahawa pajakan telah tamat tempoh dan harta itu harus dikembalikan kepada pemilik yang sah iaitu Kesultanan Sulu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan