24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pangolin Arms rancang lahirkan liga gusti lengan Super 16

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KEMAMAN – Penganjur Pertandingan Gusti Lengan Super 16, Pangolin Arms merancang menjadikan pertandingan itu dalam format liga bagi membolehkan atlet-atlet terlibat lebih kompetitif sepanjang tahun.

Pengarah Komersialnya, Muhammad Yunus Zakariah berkata, buat masa sekarang atlet-atlet terbabit hanya terlibat dalam pertandingan secara bermusim dan ia boleh menjejaskan prestasi mereka.

Beliau berkata, untuk mencapai hasrat tersebut pihaknya akan membawa format Super 16 ke negeri-negeri lain, dan tidak hanya tertumpu di Pantai Timur.

“Kami juga ingin meningkatkan nilai komersil sukan dengan mewujudkan TV digital atau channel yang lebih komprehensif dan mempunyai produksi yang lebih menarik,” katanya kepada Edisi 9 di sini hari ini.

Super 16 merupakan format pertandingan yang khusus untuk 16 peserta yang pertama sahaja. Format yang digunakan itu sama seperti format perlawanan super match dan penentuan lawan menggunakan format bracketed power matching.

Yunus berkata, gusti lengan sebenarnya antara sukan popular dalam kalangan masyarakat namun ia tidak dikomersialkan seperti gusti atau bola sepak kerana memerlukan pelaburan tinggi.

Katanya, Persatuan Gusti Lengan Malaysia (MyArms) buat masa sekarang lebih banyak memberi fokus kepada pembangunan teknikal sukan tersebut.

Advertisements

“Sementara pengkomersilan banyak diusahakan oleh komuniti sendiri seperti kewujudan YouTube Channel Tribal Puller yang diusahakan oleh atlet dari Sarawak di samping penganjuran pertandingan kecil dan besar di setiap negeri masing-masing,” katanya.

Mengenai Pertandingan Gusti Lengan Super 16 – Piala Monsun yang akan diadakan pada 18 dan 19 September ini di Cherating, Pahang, Yunus berkata, ia adalah penganjuran kali ketiga sejak tahun 2017.

Bagaimanapun beliau berkata, tahun lalu pertandingan tersebut tidak dapat diadakan berikutan kekangan kewangan.

Katanya, buat masa sekarang pertandingan itu dibuka kepada peserta dari negeri-negeri dari Pantai Timur khususnya Terengganu dan Pahang.

Malah pertandingan ini juga buat masa sekarang dibuka kepada peserta lelaki dan merancang untuk turut memberi peluang kepada peserta wanita, jika mendapat sambutan.

“Memang ada perancangan untuk membuka penyertaan kepada peserta wanita, terutama sekali bila Presiden kami pun seorang wanita (Azlinda Adnan).

“Kami dalam proses mempromosikan sukan gusti lengan dalam kalangan wanita di Terengganu. Bila komuniti bertambah, kami akan buka kategori wanita pula,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan