25.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Penggusti lengan Johor, Putrajaya sapu bersih Cabaran Monsun

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Para peserta berpengalaman dari Johor dan Putrajaya menyapu bersih kategori Pertandingan Gusti Lengan Super 16 Cabaran Monsun yang berlangsung di Cherating, Pahang Sabtu lalu.

Mohamad Nor Hafis Hussin dan M. Lukman Nurhakim Noor Jayadi dari Johor serta Abdul Razak Hadezir dan Muhammad Safuan Mohd Asif dari Putrajaya memenangi kesemua empat pusingan pertandingan tersebut.

Malah kelebihan M. Lukman, Abdul Razak dan Muhammad Safuan selaku peserta berpengalaman terserlah apabila menewaskan kesemua lawan mereka tanpa tewas.

Presiden Pangolin Arms, Azlinda Adnan selaku penganjur berkata, pertandingan tersebut memang dikhususkan kepada para peserta dari negeri-negeri dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya telah membuat keputusan membuka penyertaan kepada para penggusti lengan dari negeri-negeri lain bagi memberikan cabaran yang lebih sengit kepada para peserta.

“Selepas berbincang dengan para komuniti pertandingan, kami memutuskan membuka penyertaan kepada semua penggusti lengan.

“Ini sekali gus membuka peluang bagi peserta berpengalaman membuat persiapan sebelum menyertai pertandingan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung November ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Azlinda berkata, berdasarkan pertandingan yang dianjur tahun 2018 lalu, pihaknya berjaya menarik peserta dari beberapa negara luar termasuk dari Filipina dan Singapura.

“Walaupun kita membuka penyertaan peserta luar Pantai Timur namun tumpuan tetap diberikan kepada para peserta baharu, sesuai dengan tujuan pertandingan sebagai pembangunan sukan itu di wilayah ini,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Kumpulan nasyid Aeydan enggan dibayangi Rabbani

MENYEDARI mereka dilahirkan sebagai anak-anak Rabbani, ramai beranggapan kumpulan nasyid Aeydan bakal menyambung legasi kumpulan itu. Namun begitu, ia membuatkan...

Lagi Artikel Berkaitan