29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Najib anggap kenyataan Mohamaddin hina pasukan keselamatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu ‘sandiwara’ merupakan penghinaan sangat besar kepada pasukan keselamatan negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komen calon Warisan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah itu turut menyindir pasukan keselamatan negara yang didakwa cuma berperang dengan ayam dan anjing pada masa itu.

“Amat sedih selepas menonton klip video calon PRN Warisan merangkap bekas Menteri PH kata pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 hanya satu sandiwara.

“Ini ialah penghinaan sangat besar pada pasukan keselamatan kita yang bertarung nyawa untuk mempertahankan kedaulatan kita – terutama kepada keluarga 10 wira dan 6 warga Sabah yang terkorban.
“Seramai 50 orang penceroboh juga maut dalam Ops Daulat masa itu,” kata Najib di Facebook, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohamaddin yang merupakan calon Warisan bagi DUN Segama bahawa pencerobohan Lahad Datu di Sabah pada 2013 sebagai suatu sandiwara.

Berucap semasa kempen untuk calon Parti Warisan Sabah (Warisan) baru-baru ini, Mohamaddin berkata, situasi itu dikatakan berlaku apabila kononnya UMNO akan kalah kepada PKR.

Menurutnya, ketika itu ketegangan telah mencetuskan ‘perang’ dan ramai orang mati disebabkan kejadian berkenaan.”Sandiwara bohong membunuh orang. Kamu ingat dahulu PRU yang lalu, dia bilang Filipina mau ambil Sabah, jadi ada peperangan, datanglah jet dibomnya kelapa sawit orang, habis semua kelapa sawit orang.

Baca juga:   Sabah perketat pemeriksaan pengembara dari China
Baca juga:   Mufti sifatkan pembalak haram penjenayah dunia, akhirat

“Habis rumah orang, koyak ditembak, ini kenyataan. Disuruh kereta kebal masuk kampung suruh berperang sama ayam, ayam sama anjing lawan dia berperang, apabila habis pilihanraya tiada pula peperangan itu.

“Tetapi saya ingat, saya wakil rakyat Lahad Datu,” katanya semasa kempen ceramah berkenaan.

Video rakaman kempen Mohamaddin itu kini mula tular di media sosial.

Seramai 10 wira negara terkorban dalam Op Daulat semasa mempertahankan bumi Sabah daripada pencerobohan pengganas Sulu, termasuk serangan hendap di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna.

Tragedi itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya 68 anggota pengganas Sulu ditembak mati.

Semalam, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kemasukan besar-besaran rakyat dari negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.

“Sempena PRN Sabah kita dapat maklumat yang mengatakan akan berlaku kemasukan besar-besaran pendatang dari negara jiran untuk datang ke Sabah membuat kekacauan.

“Ini kita kena halang supaya pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak mengganggu-gugat serta ketenteraman dan keselamatan kita terjamin,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, di Kota Kinabalu.

Susulan itu pihaknya akan menggerakkan aset semaksimum mungkin bagi mengekang kemasukan mereka.

Tragedi pencerobohan itu membawa kepada penubuhan ESSCOM pada 1 April 2013 yang antara lain berperanan menyelaras operasi pelbagai agensi pertahanan dan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Baca juga:   ADUN Sebatik umum keluar Warisan, sokong GRS
Baca juga:   Keputusan mesti bersandarkan mandat PAU, bincang oleh MT

Kawasan ESSZONE merangkumi 10 daerah iaitu Kudat, Kota Merudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan