26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Edisi 9 rakan media Pertandingan Gusti Lengan Super 16

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Edisi 9, portal berita digital yang sedang berkembang telah dipilih sebagai rakan media bagi Pertandingan Gusti Lengan Super 16 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 September ini.

Pengarah Komersial Pangolin Arms, Muhammad Yunus Zakariah berkata, pihaknya yakin menerusi kerjasama dengan Edisi 9 ini, mereka dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sukan rakyat itu.

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, Edisi 9 akan membawakan laporan mengenai pertandingan itu sebelum, semasa dan selepas acara berlangsung.

“Kami berharap menerusi kerjasama ini Pangolin Arms dapat mempromosikan pertandingan gusti lengan ini kepada pembaca Edisi 9 di seluruh negara.

“Ia sebagai langkah awal pihak kami untuk mengkomersialkan sukan ini khususnya Super 16 dan kami yakin Edisi 9 sebagai portal berita dapat membantu kami mencapai matlamat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertandingan Gusti Lengan Super 16 anjuran Pangolin Arms akan berlangsung di Residen Inn, Cherating, Pahang.

Advertisements

Selain pertandingan gusti lengan yang membabitkan 16 peserta dari Pantai Timur, turut dilangsungkan Bengkel Gusti Lengan yang dibawakan oleh jaguh negara, Nizar Yusof.

Super 16 merupakan format pertandingan yang khusus untuk 16 peserta yang pertama sahaja. Format yang digunakan itu sama seperti format perlawanan super match dan penentuan lawan menggunakan format bracketed power matching.

Sementara itu Pengarang Urusan Edisi 9, Lukman Ismail berterima kasih kepada pihak Pangolin Arms yang memberi kepercayaan kepada Edisi 9 mempromosikan pertandingan tersebut.

Beliau berkata, walaupun Edisi 9 baharu berusia setahun jagung namun beliau yakin kerjasama tersebut boleh membawa situasi ‘menang-menang’ kepada kedua-dua pihak.

Untuk rekod, Edisi 9 yang dilancarkan pada April lalu sehingga kini telah menerima purata 100,000 pengunjung setiap bulan dan jumlah itu meningkat dari masa ke semasa.

Manakala jumlah pengikut media sosial pula hampir 10,000 pengguna merangkumi pengikut di Facebook, Twitter dan Instagram. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan