30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bekas MB Terengganu meninggal dunia

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Mantan Menteri Besar Terengganu Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi ini di Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur.

Memetik Bernama, Allahyarham meninggal akibat komplikasi jantung.

Berita duka itu dimaklumkan anaknya Wan Abdul Hakim melalui Facebook.

Wan Abdul Hakim turut memberitahu jenazah Wan Mokhtar akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas solat Zohor nanti sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam Selangor.

“Mohon doakan keampunan Allah pada arwah, dipermudahkan perjalanan di alam barzakh dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

“Mohon maafkan segala dosa-dosa arwah, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan,” katanya di Facebook.

Allahyarham yang meninggalkan lima anak merupakan Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat dari 1974 hingga 1999. 

Wan Mokhtar, 88, berasal dari Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai menteri besar Terengganu selama 25 tahun iaitu dari 1974 hingga 1999.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan