29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Bekas atlet negara harap gusti lengan jadi sukan teras

Mesti Baca

KUANTAN – Bekas atlet negara, Mohamad Nizar Yusof amat berharap agar gusti lengan menjadi sukan teras dan dipertandingkan di Sukan Malaysia suatu hari nanti.

Beliau yang kini menjadi salah seorang jurulatih kebangsaan berkata, harapan itu hanya dapat dicapai jika setiap negeri mempunyai persatuan sendiri dan bergerak aktif.

Sebahagian peserta bengkel gusti lengan berguru dengan jurulatih kebangsaan, Mohamad Nizar Yusof (kanan) di Cherating, Pahang, hari ini. – Foto Edisi 9

“Setakat ini bukan semua negeri mempunyai persatuan gusti lengan. Ada juga yang tidak aktif. Sebab itulah gusti lengan belum dapat dipertandingkan di Sukan Malaysia (Sukma) atau Sukan SEA.

“Kami telah berbincang dengan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria dan beliau mahu melihat persatuan sukan ini aktif di semua negeri sebelum dipertandingkan di Sukma,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Edisi 9 selepas mengendalikan bengkel gusti lengan sempena Pertandingan Gusti Lengan Super 16 – Cabaran Monson di Residence Inn, Cherating hari ini.

Baca juga:   Bakar al-Quran: Malaysia persoal tindakan Sweden diam diri

Pertandingan anjuran Pangolin Arms itu akan berlangsung di tempat yang sama esok.

Hadir sama Pengarah Komersial Pangolin Arms, Muhammad Yunus Zakariah.

YUNUS ZAKARIAH

Mohamad Nizar berkata, walaupun sukan tersebut belum diangkat menjadi sukan teras, namun ia tidak menghalang pihaknya memasyarakatkan sukan tersebut.

Ini kerana, katanya, banyak kejohanan yang dianjurkan terutama di sebelah Pantai Barat selain boleh melahirkan pemain-pemain bertaraf profesional.

Baca juga:   Khairy runsing Kelantan paling rendah ambil dos penggalak

“Di luar negara gusti lengan sudah dijadikan sukan profesional termasuk melalui Liga Gusti Lengan Profesional (PAL) dan beberapa yang lain. Jadi sukan ini sebenarnya boleh dikembangkan lebih jauh,” katanya.

Mengenai cadangan menjadikan sukan gusti lengan sebagai salah satu kegiatan kokurikulum si peringkat sekolah, beliau berkata, Sarawak dan Melaka antara negeri yang sudah menggerakkannya.

Sementara itu Yunus berkata, Pertandingan Gusti Lengan Super 16 merupakan satu-satunya kejohanan yang diadakan di Pantai Timur setakat ini.

“Pertandingan ini bersifat pembangunan. Kami mahu melahirkan jaguh-jaguh gusti lengan dari Kelantan, Terengganu dan Pahang kerana kita ketandusan tokoh gusti lengan dari Pantai Timur.

“Tidak seperti di sebelah Pantai Barat atau di Sabah dan Sarawak, banyak kejohanan gusti lengan sudah dianjurkan dan telah melahirkan ramai jaguh termasuk Nizar,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan