Thursday, June 4, 2026

Rasuah: Arab Saudi pecat dua kerabat raja

Mesti Baca

RIYADH – Gara-gara terbabit dalam salah laku rasuah, pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memecat dua kerabat diraja dan merujuk mereka kepada badan pemantau rasuah negara ini.

Lapor Al Jazeera, Komander Tertinggi Arab Saudi, Leftenan Jeneral Fahd Turki Abdulaziz dan anaknya Putera Abdulaziz dipecat daripada jawatan mereka berikutan kesalahan itu.

Jeneral Fahd

Dalam dekri diraja semalam, Raja Salman memecat Jeneral Fahd daripada jawatannya sebagai komander tentera Arab Saudi yang memerangi pemberontak Houthi di Yemen.

Putera Abdulaziz pula dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Gabenor Wilayah Al-Jouf.

Kedua-dua mereka dikatakan terlibat dalam urus niaga yang mencurigakan yang dipantau oleh Kementerian Pertahanan.

Turut dipecat beberapa pegawai kanan lain.

Selain dua beranak itu, Arab Saudi juga sedang menyiasat empat pegawai kerajaan lain.

Pengumuman itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memerangi gejala rasuah di negara berkenaan.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamad Bin Salman meningkatkan usaha memerangi rasuah pada 2017 yang menyaksikan kerabat diraja, menteri dan ahli perniagaan ditahan di Hotel Ritz Carlton di sini.

Sebahagian mereka dibebaskan selepas mencapai persetujuan penyelesaian dengan kerajaan.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan