26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Pekebun durian Musang King wajar patuh undang-undang – MB

Mesti Baca

KUANTAN – Pekebun durian haram Musang King di Raub sewajarnya menjadi warga yang patuh undang-undang dengan mengosongkan tanah kerajaan yang mereka duduki secara haram selama ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam kes pekebun durian itu, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menindas pekebun-pekebun terbabit. 

WAN ROSDY WAN ISMAIL

Tegas Wan Rosdy, sebaliknya kerajaan negeri sekadar bertindak sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang.

“Kerajaan negeri terus bertegas tanpa kompromi dalam isu pekebun haram durian Musang King.

“Kerajaan negeri mengulangi ketegasan dan komitmen untuk bertindak tegas ke atas tanah-tanah diusahakan secara haram oleh pekebun-pekebun durian Musang King di Raub, yang kini tertangguh ekoran keputusan Mahkamah Tinggi mengenainya baru-baru ini,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas perkembangan isu pekebun durian Musang King yang hangat diperkatakan ketika ini.

Advertisements

Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz pada 28 Ogos yang lalu membenarkan agar pendengaran permohonan kebenaran oleh 111 pekebun haram di Raub bagi semakan kehakiman untuk membatalkan notis pengosongan tanah yang melibatkan kebun-kebun berkenaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Raub dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, ditangguhkan sehingga 28 Oktober 2020.  

Wan Rosdy berkata, sehingga permohonan tersebut didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, kerajaan negeri terpaksa menangguhkan buat sementara semua tindakan bagi menguatkuasakan notis pengosongan berkenaan.

“Oleh itu kerajaan negeri berharap, kerjasama dapat diberikan oleh semua pihak terutamanya dalam kalangan petani-petani haram berkaitan penanaman durian Musang King di daerah Raub,” katanya.

Pertikaian berhubung isu pekebun itu timbul setelah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd (RPDR) mengadakan usaha sama dan kini menuntut kembali ribuan ekar tanah dari apa yang didakwa sebagai petani durian haram.

Bagaimanapun, pergeseran antara pekebun durian di Raub, Pahang itu berubah menjadi isu politik selepas parti politik dilihat ‘berlumba’ dalam memberi bantuan.

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan