29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 21, 2023

Anak mati dilanggar kereta, ibu gajah ‘naik minyak’

Mesti Baca

KOTA TINGGI – Seekor gajah betina dirakam ‘naik minyak’ berikutan kematian anaknya yang dilanggar sebuah kereta dalam satu kejadian di Batu 19 Jalan Kota Tinggi-Mersing, awal pagi ini.

Video yang tular itu merakamkan gajah betina tersebut mengejar kenderaan yang melalui jalan tersebut.

Anak gajah jantan mati dalam kemalangan itu. – Foto PERHILITAN

Ini setelah seekor anak gajah jantan yang dipercayai berusia antara satu hingga dua tahun mati dilanggar kereta jenis Persona.

Bagaimanapun, keadaan di laluan itu kembali terkawal selepas gajah betina tersebut kembali menyertai kumpulannya di Hutan Simpan Kekal Panti.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Salman Saaban, berkata anak gajah dengan berat sekitar 300 kilogram itu dipercayai sebahagian daripada kumpulan beberapa ekor gajah yang dilihat masih berada di sekitar kawasan kejadian.

Menurutnya, bertindak atas aduan, satu pasukan petugas PERHILITAN dihantar ke lokasi dan hasil pemantauan, beberapa ekor gajah daripada kumpulan Gajah Panti masih berada di sekitar kawasan itu.

“Siasatan awal mendapati, anak gajah itu dilanggar kereta dipandu seorang lelaki yang dalam perjalanan dari arah Kota Tinggi ke Mersing,” katanya, hari ini.

Baca juga:   Bas rempuh belakang lori di Lebuhraya Utara Selatan
Kereta yang terbabit dalam kemalangan melanggar anak gajah di Kota Tinggi. – Foto PERHILITAN

Salman memberitahu, pemandu kereta itu tidak cedera berikutan kemalangan terbabit.

Baca juga:   KPLB buat penilaian kerosakan untuk salur bantuan

Namun lokasi kejadian katanya adalah kawasan yang diketahui sebagai lokasi gajah melintas iaitu Batu 4 hingga Batu 14, Jalan Kota Tinggi Mersing.

“Tahun lalu, seekor gajah juga mati dilanggar di Batu 13 dan seekor lagi pada Mei 2018,” katanya.

Terdahulu, tular berapa video di media sosial merakamkan seekor gajah dewasa cuba membangunkan anaknya yang mati dilanggar kereta di lokasi berkenaan.

Pada klip lain, gajah itu dirakam mengejar kenderaan yang menggunakan laluan tersebut sebelum anggota PERHILITAN berjaya mengawal keadaan. -Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lambang PN di 4 negeri dikekalkan hadapi PRN

MESYUARAT Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan kekal menggunakan lambang PN di empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah...

Lagi Artikel Berkaitan